NEKAD NAK 'TRAVEL' SOLO SETELAH DIHINA SUAMI
Published byWANITA melancong secara solo atau berseorangan? Pasti ada antara kita selalu berfikiran hanya lelaki boleh mengembara secara solo untuk tujuan bisnes, melepaskan stres, atau suka-suka. Tetapi mengapa seorang wanita tidak boleh lakukan perkara sama seperti seorang lelaki? : KitaReporters.com
Walaupun sebab utama wanita melancong lebih kurang sama sahaja dengan lelaki, wanita perlu memikirkan lebih banyak aspek berbanding lelaki.
Kenapa wanita tidak boleh melancong solo?
Daripada isu keselamatan, hinggalah perbezaan budaya, pengembara wanita akan menghadapi lebih banyak cabaran semasa bercuti secara solo. Namun begitu, persepsi wanita mengembara solo sangat membahayakan perlu diubah agar mereka semua mampu untuk mengembara berseorangan tanpa ada rasa takut dan juga ragu-ragu.
Dee, 51, adalah seorang wanita yang mempunyai keinginan untuk mengembara ke luar negara sejak zaman bujang lagi.
Namun, kerana bapanya, beliau tidak diizinkan untuk ke luar negara menyambung pengajian tinggi di sebuah universiti di Eropah dan Jepun semasa usianya 18 tahun.
Apa
yang dirisaukan oleh bapanya ketika itu adalah, jika anak perempuanya sambung
belajar di luar negara, pasti dia tidak akan pulang semula ke tanah air dan
bakal murtad.
Dee
berkata, sedih dia masa itu tak dapat digambarkan. Jiwa ini rasa memberontak
kerana tidak diberikan peluang untuk belajar di luar negara.
Siapa kata wanita tak pandai jaga diri?Biasalah orang tua zaman dahulu, persepsi mereka jika wanita yang menyambung pelajaran hingga ke univerisiti ini tak guna sebab pengakhirannya mereka akan duduk dekat dapur juga, kata Dee.
Kerana
terlalu sedih dengan diri ini, Dee mengambil keputusan untuk berkerja sebagai pembantu
jualan di Terminal Subang bagi menghilangkan kesedihannya.
Tetapi
keinginan untuk mengembara ke luar negara makin membara apabila Dee mula
berkerja sebagai pembantu jualan di lapangan terbang tersebut.
Nekad mengembara secara solo
Setelah mendirikan rumah tangga selama 26 tahun, Dee juga tidak pernah dibawa ke luar negara melancong bersama bekas suaminya. Hanya bekas suami yang akan melancong berseorangan setiap tahun.
Hati mana yang tidak sedih, sepanjang perkahwinan kehidupan Dee dan bekas suaminya sangat sengsara.
Oleh kerana itu, Dee nekad untuk mengembara ke luar negara berseorangan untuk menenangkan fikiran yang kian tertekan.
"Dia boleh cakap dekat anak saya, percayalah cakap mak kau tu, dia mana pernah keluar dari Malaysia ni. Dia tu duduk rumah jela.
"Oleh
kerana geram dengan sikap bekas suami, seminggu selepas itu, Dee terbang ke
Korea menggunakan duit yang disimpannya."
Pada
2014 adalah tahun yang tidak akan dilupakannya sehingga hari ini. Di mana Dee
mengembara ke Korea secara solo.
"Siap dia kata, dahlah tak tahu apa-apa pasal Korea, kena juallah kau nanti kat sana."
Sebelum
ini, bekas suami tidak mengetahui bahawa Dee telah menghadiri kelas bahasa
Korea, kerana dia memang berminat dengan budaya dan bahasa mereka.
Segala
hinaan yang diterima oleh Dee tidak menghalangnya untuk mengembara secara solo, inilah
satu-satunya impian beliau sejak dahulu lagi.
"Masa first time naik kapal terbang, dapat rasakan dunia ini aku yang punya.
"Sesampainya di Korea, saya buat sujud syukur kerana tak percaya boleh mengembara secara solo buat pertama kali.
"Saya sangat gembira setibanya di lapangan terbang Icheon, Korea. Saya ronda-ronda dalam tu selama 2 jam.
"Apa yang lebih membanggakan, saya yang baru pertama kali mengembara secara solo, tetapi mampu memberi tunjuk ajar kepada warga Malaysia lain yang perlukan bantuan ketika itu."
Kembara solo ke beberapa negara lain
Bukan hanya Korea, Dee juga telah mengembara ke beberapa negara lain secara solo selepas Korea. Dee telah mengembara ke Jepun, Moroco, Spain, Turki, Dubai, Bulgaria, Albania, Kosovo, Montinigo dan Bosnia.
"Bukan itu sahaja, apabila kita sering disakiti oleh bekas suami, ini sahaja jalannya untuk menenangkan fikiran dengan melancong ke luar negara secara solo."
Kerana kemurungan buatkan Dee mengembara
Dee juga menceritakan bahawa beliau ingin menghilangkan kemurungan semasa melancong akibat sering didera emosi dan fizikal oleh bekas suami.
"Sedar tak sedar saya rasa ketenangan itu buatkan saya nak terjun bunuh diri. Nasib saya baik terdapat seorang warga Brazil selamatkan saya."
Cabaran semasa mengembara secara solo
Sebagai pengembara wanita secara solo, pasti ada beberapa cabaran yang ditempuhi oleh Dee semasa mengembara.
Antara
cabaran yang perlu dihadapi olehnya adalah arah ke suatu tempat :
"Saya seorang yang buta arah. Agak sukar untuk saya mengingati arah laluan untuk ke suatu tempat.
"Tetapi, kesesatan ini membawa kita ke sebuah tempat yang tidak dijangka dan malah lebih menarik dari apa yang dirancangkan.
"Dari situ kita akan dapat mengenali penduduk setempat untuk mengenali budaya mereka dengan lebih dekat."
Pesanan kepada wanita di luar sana
"Untuk anda yang teringin nak mengembara secara solo ke luar negara. Yakinlah pada diri kita sendiri kerana orang lain tidak akan menemani kita dan berikan wang untuk mengembara ke negara lain.
"Bila kita rasa nak pergi, Just go on je. Ingat sebelum mengembara ke negara lain secara solo maafkan orang sekeliling dan berbuat baiklah dengan orang yang ditemui."
Doa
seorang musafir adalah doa paling bagus, kerana Allah akan permudahkan segala
urusan kita semasa mengembara di negara orang.
Islam
juga sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba
ilmu pengetahuan.
"Tak semestinya travel perlu menelan kos yang tinggi. Tuhan tak pernah kata mengembara hanyalah untuk orang yang ada banyak duit.
"Pengembaraan yang bernilai tinggi hanyalah yang dilakukan demi Dia.
"Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan." - KitaReporters.com