CAM MANA NI? DISNEY JEPUN TANGGUH OPERASI
Published byKEBIMBANGAN penularan penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19 turut mempengaruhi dua resort Disney di Jepun iaitu Disneyland dan DisneySea dengan membuat keputusan untuk menangguhkan operasi selama dua minggu. : KitaReporter
PENUTUPAN dua taman tema itu susulan gesaan kerajaan supaya langkah-langkah mengekang penularan virus dipertingkatkan . - Kredit foto AFP
Memetik laporan AFP, penangguhan taman tema berkenaan bermula Ahad, 29 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020.
Keadaan tersebut menyebabkan semua acara di taman tema berkenaan dibatalkan berikutan akur dengan arahan kerajaan Jepun.
Penutupan itu susulan gesaan kerajaan supaya langkah-langkah mengekang penularan virus dipertingkatkan.
“Disneyland
dan DisneySea yang terletak di Tokyo akan ditutup mulai esok (29 Februari)
hingga 15 Mac,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh AFP.
Bagaimanapun
Operator di Oriental Land berharap kedua-dua taman tema berprestij dunia itu
dibuka semula kepada orang ramai pada 16 Mac 2020.
“Mengikut
perancangan, operasi akan dibuka semua pada 16 Mac. Bagaimanapun, ia bergantung
pada keadaan semasa dan perkembangannya dan kita akan berunding dengan agensi
berkaitan,” katanya.
LEBIH 900 rakyat Jepun disahkan positif COVID-19 dan meragut lapan kematian. - Kredit foto REUTERS
Pada tahun
2018, Tokyo Disneyland menerima seramai 17.9 juta pengunjung, menjadikan taman
tema berada di kedudukan ketiga teratas paling kerap dikunjungi di dunia.
Sementara
itu, Berita Harian melaporkan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, mengarahkan
semua sekolah di Jepun ditutup selama sebulan berikutan penularan wabak
berkenaan.
Malah,
kerajaan juga menggalakkan rakyatnya bekerja dari rumah dan elak mengadakan
perjumpaan yang dihadiri ramai orang.
Tokyo Disneyland menerima seramai 17.9 juta pengunjung, menjadikan taman tema berada di kedudukan ketiga teratas paling kerap dikunjungi di dunia.- Mickeyblog.com
COVID-19 yang bermula di China pada pertengahan Disember 2019 telah merebak ke seluruh dunia dan meragut lebih 2,800 nyawa.
Sementara di
Jepun, lebih 900 rakyat sudah dijangkiti dan merekodkan lapan kematian. - KitaReporter.Com
Cerita dan statistik terkini COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus