GUNA EDOMPET PADA MUSIM CUTI SEKOLAH INI
Published byBAWA keluarga anda bergembira pada musim cuti ini! Touch 'n Go eWallet, eDompet terkemuka di Malaysia telah memulakan kerjasama dengan taman tema kegemaran Malaysia, LEGOLAND® Malaysia Resort. : KitaReporters.com
Dengan kerjasama baharu ini, Touch 'n Go eWallet boleh digunakan untuk membeli hampir apa saja dari taman tema berkenaan, seperti tiket masuk, makanan dan minuman, serta barangan cenderamata.
Menurut satu kenyataan media, kerjasama ini berlangsung pada masa yang tepat sekali, dengan rekod pelancongan domestik sebanyak 221.3 juta pelawat pada tahun 2018 yang akan terus meningkat pada tahun 2019.
Dari kalangan pelancong domestik ini, 10.4% daripada mereka memilih untuk melakukan aktiviti riadah ketika bercuti.
Ini memberikan peluang kepada Touch 'n Go eWallet untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai gaya hidup tanpa tunai walaupun ketika bercuti.
Bercakap dalam kenyataan itu, Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd berkata "kami menjadi lebih bersemangat apabila syarikat seperti LEGOLAND® Malaysia Resort berkongsi visi kami untuk mengorak langkah seterusnya dalam memacu Malaysia ke arah transformasi digital.
"Dengan kehadiran kami di lokasi transaksi, kami bukan saja dapat memperluaskan penggunaan Touch 'n Go eWallet bukan hanya untuk bayaran tol, malah dapat membuktikan bahawa pembentukan masyarakat tanpa tunai sudah hamper dicapai.
"Digabungkan pula dengan lonjakan pelancongan domestik dan juga ketibaan musim cuti akhir tahun, kerjasama kami dengan LEGOLAND® Malaysia Resort bermula pada masa yang amat tepat.”
Sementara itu, Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND® Malaysia Resort berkata, "kami juga gembira untuk bekerjasama dengan Touch 'n Go eWallet untuk menawarkan seisi keluarga satu pengalaman yang lebih sempurna di resort kami.
"Di LEGOLAND® Malaysia Resort, kami sentiasa menerima teknologi baru dan memperkembangkan tarikan kami supaya semua ahli keluarga dapat meluangkan masa mereka untuk mengukir kenangan manis dan berseronok sambil belajar."
Menurut kenyataan itu, untuk raikan kerjasama ini sempena musim cuti hujung tahun ini, semua pelanggan akan dapat menikmati promosi yang berikut sehingga 31 December 2019:
1. Diskaun 35% untuk transaksi sehingga empat (4) tiket harian/tiket kombo LEGOLAND® Malaysia (Dewasa/Anak/Warga Emas) yang dibeli dalam satu resit. Kemasukan hanya sah pada hari pembelian yang sama.
2. Promosi 10% diskaun untuk cenderamata - Promosi ini boleh dinikmati di semua kedai cenderamata LEGOLAND® Malaysia Resort kecuali di kedai cenderamata hotel LEGOLAND®. Promosi ini tidak boleh digunakan untuk barangan cenderamata yang sudah dikenakan diskaun.
3. Promosi 10% diskaun F&B - promosi ini adalah sah di semua kedai makanan di LEGOLAND® Malaysia kecuali di Bricks Cafe & Bricks Restaurant di LEGOLAND® Hotel. Diskaun ini tidak termasuk caj perkhidmatan yang dikenakan seperti SST.
Untuk maklumat lanjut, terkini, dan terma & syarat untuk promosi ini, sila layari https://www.tngdigital.com.my/promotions atau https://www.legoland.com.my/.
Pada tahun ini, Touch 'n Go eWallet telah mengorak langkah meningkatkan kehadirannya di taman teman serta pusat perlancongan, hiburan dan rekreasi di Malaysia.
Kerjasama dengan syarikat seperti LEGOLAND® Malaysia Resort, KidZania Kuala Lumpur dan Lost World of Tambun merupakan antara langkah Touch 'n Go eWallet bagi mempelbagaikan cara memperkenalkan pembayaran tanpa tunai untuk diterima dan diguna pakai oleh generasi yang baru.
Setakat ini, Touch 'n Go eWallet mempunyai lebih daripada 5.5 juta pengguna dan lebih dari 100,000 rakan niaga. - KitaReporters.com
Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd; (tengah) dan Kurt Stocks, Pengurus Besar Legoland® Malaysia Resort (tiga dari kanan) pada pelancaran kerjasama Touch 'n Go eWallet dan Legoland® Malaysia Resort di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.