KONGSI MINDA BERSIH JIWA: KITA UBAH ATAU KEADAAN UBAH KITA
Published byAssalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa.
Gambar dari https://pixabay.com/id/
Renungan
Buat sekarang
Atau tidak buat langsungSedarlah daripada mimpiJangan ambil mudah bila merasa kecewa kerana kita sebenarnya terlepas peluang untuk berubah.
Sebabnya, kita tidak pernah serius dalam bertindak.Sama ada memilih untuk mengubah keadaan hidup kita sekarang atau membiarkan keadaan hidup kita mengubah kita.
Malah kita boleh mengawal diri kita sendiri.Jangan berharap kepada nasib. Tetapi berharaplah kepada tindakan yang tepat dan betul. Ia membawa kita ke jalan yang direda Allah
Demikian juga apabila telah berada dalam zon selesa, jangan leka sebab peluang akan muncul dengan sendiri tanpa disedari. Dan ia tidak datang lagi.
Ibarat kata, api yang menjulang-julang bermula dengan percikan api. Begitu juga tindakan yang sedikit tapi bijak menghasilkan kejayaan yang besar.
Selagi ada masa buatlah apa yang boleh memberi manfaat. Cuba sedaya upaya, gandakan usaha. Selebihnya berdoa.
Ingatlah...
Bekerjasama adalah lebih baik daripada bersaing.
Berhasil atau tidak kita yang menentukan arahnya. Buktikan kita hebat, tunjukkan kita kuat. Kita boleh buat.Kebanyakan orang yang gagal mencapai tujuan hidup mereka adalah kerana mereka tidak mengambil tindakan yang pertama untuk mencapainya.
Mereka lupa kejayaan besar bermula dari peluang kecil.Orang yang berjaya tidak berputus asa. Mereka rebut semua peluang yang ada. Tidak memilih dan selalu positif.
Jadi, di mana kita?
Mulakan sekarang atau tengok sahaja orang berjaya?❤️🌹 Sedarlah dari mimpi, kejar impian. Di penghujungnya ada kejayaan, ada kebahagian. ❤️🌹