COVID-19: SIARAN LANGSUNG TANPA PENONTON
Published byRADIO Televisyen Malaysia (RTM) mencatatkan sejarah apabila pertama kali mengadakan program televisyen siaran langsung tanpa penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada malam hari Sabtu, 14 Mac 2020. Ia sebagai langkah mengawal virus Covid-19 merebak. : KitaReporters
Ia membabitkan program Konsert Minggu Ini (KMI) Senario Union Anje-Anje yang disiar secara langsung di TV2.
Bagi KMI Senario Union sepatutnya dibuat dalam bentuk rakaman pada Khamis, 12 Mac 2020. Namun ia dibatalkan kerana virus Covid-19.
Namun pihak penerbitan tetap ingin KMI Senario Union Anje-Anje dengan penyanyi undangan Siti Nordiana disiarkan pada malam minggu (malam hari Sabtu, 14 Mac 2020).
Kalau ikut senarai asal, KMI Senario Union disertai ketujuh-tujuh anggota.
Namun kerana KMI Senario Union diadakan secara langsung, hanya lima anggota yang muncul iaitu Ilya Buang, Hamdan Ramli, Wahid Mohd, Saiful Apek dan Yassin Yahya.
Tidak hadir atas sebab-sebab tertentu ialah Mazlan Ahmad (Lan Pet Pet) dan Azlee Jaafar .
Siaran langsung di Auditorium Perdana Angkasapuri tetap dijalankan tanpa penonton.
Hanya pekerja penerbitan, pemuzik, penari dan artis yang mengambil bahagian dibenar berada dalam auditorium.
Setelah beberapa minit siaran langsung diperlihatkan suasana kosong dalam auditorium yang sepatutnya boleh memuatkan lebih 500 penonton.
Walaupun tanpa penonton di Auditorium, namun penonton di rumah tetap terhibur dengan aksi dan aura Senario dan penyanyi undangan, Siti Nordiana.
Ia membabitkan rancangan mingguan meleTOP di Astro Ria dan Sepah Reunion di Astro Warna. - KitaReporters