PENGEMIS MODEN! GUNA WECHAT MINTA SEDEKAH
Published byKECANGGIHAN teknologi bukan sahaja menguntungkan! Tapi ada masa kecanggihan itu menyusahkan dan memakan diri! Ini hanya satu daripada banyak contoh kes yang berlaku di China. : KitaReporter.com
Di China, semua urusan menggunakan Internet dan aplikasi WeChat antara yang popular digunakan di negara itu.
Selain daripada berhubung, aplikasi WeChat juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran tanpa tunai melalui WeChat Pay.
Baru-baru
ini, tular dalam laman sosial apabila pengemis moden menggunakan aplikasi WeChat untuk meminta sedekah.
Melalui satu
perkongsian yang dimuat naik dalam Facebook, seorang pengemis telah datang meminta
sedekah menggunakan aplikasi WeChat.
Ketika pengemis itu mendatangi seorang wanita untuk ‘mencari rezeki’, wanita itu bagaimanapun menjelaskan dia tidak mempunyai wang tunai untuk diberikan.
Namun pengemis tersebut tetap berkeras dan menyatakan boleh memberi sedekah menggunakan
melalui aplikasi WeChat dengan membuat pemindahan secara dalam talian.
“Salah seorang rakan kami memberitahu pengemis dia tidak mempunyai wang tunai. Pengemis itu mengatakan tidak mengapa
kerana mereka boleh membayarnya melalui WeChat,” menurut perkongsian Facebook berkenaan.
Ternyata kecanggihan Internet bukan sahaja memudahkan urusan semata-mata, tetapi diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sehingga
artikel ini ditulis, lebih 2,500 perkongsian dibuat dengan video berkenaan yang
dimuat naik pada 28 November lalu.
Hebat betul
pengemis zaman moden ini! - KitaReporter.com