KALAU LIHAT PADA JENAMA, KITA PASTI 'TERKENA'

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda bersih jiwa. : KitaReporters.com


Menulis dari jiwa... Renungan.

Lihat orang pada hatinya. Pada budi bahasa, pada akhlak. Bukan penampilan. Bukan barang berjenama

Buat apa nak malu kalau hidup seadanya. Barang pun setakat ada. Bukan hendak berlawan status. Tapi bersyukur dengan nikmat Allah


Hidup kita kita yang urus. Susah senang kita tanggung. Jadi biar bersederhana, kata Reen, tentang hidup dalam perkongsian hari ini.

Memang betul orang pandang apa kita pakai. Di mana kita makan. Ke mana kita pergi. Dengan siapa kita kawan.

Kadang-kadang kita malu nak tunjuk beg yang kita bawa sebab tak berjenama. Kadangkala kita segan nak join orang bersembang tentang shopping sebab kita jarang membeli. 

Kadang tak tau apa nak mencelah bila orang cerita tentang luar negara sebab kita nak balik kampung pun fikir banyak kali.


Tapi kata Reen, kita jangan ikut orang. 

Dia orang cerita kita dengar... Yang baik kita simpan. Yang negatif kita buang. Pilihan di tangan kita.

Fikir dengan akal. Bertindak ikut gerak hati. Jangan beremosi.

Siapa pun kita, fikir yang terbaik untuk diri sendiri dan masa hadapan. Berbanggalah dengan gaya hidup kita yang seadanya. Bersyukur dengan apa ada. Tidak membazir. Tidak ikut nafsu.

Yang penting kata Reen, kita dapat apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu.


Iktibar dari kisah ini

Ukur baju di badan sendiri. Cermin diri. Muhasabah. Istiqomah. Banyak bersedekah, tingkat amalan.

Bahagia kita, kita yang corak. Susah kita, kita yang tanggung. Orang hanya melihat, bercakap. Kita yang hadap.

Jangan merasa rendah diri. Sebab semua orang ada kekurangan, kelebihan. Allah sangat Adil. Dia perancang terbaik. Bersyukur dengan segala nikmatNya.

Usah risau tentang barang jenama, rumah besar, kereta mewah dan harta bersusun. 

Risaulah tentang amalan kita. Tentang bekalan yang kita himpun untuk ke sana. Tak perlu jenama kerana Allah tahu apa yang perlu


❤️🌹 Jangan malu kerana tak hebat di mata manusia tapi malulah bila kita tidak dipandang Allah. ❤️🌹 - KitaReporters.com
1
0
0
0
0

Copy Link: