NAK KENAL KAWAN? TUNGGU BILA TAK ADA KUASA
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters
Renungan
Menulis dari jiwa
Kadangkala kita macam semut
Dihurung, dikelilingi ramai orang
Ada waktu keseorangan
Ditinggal tidak dipedulikan
Ketika itu baharu kita tahu
Makna persahabatan
Siapa yang setia bersama
Siapa yang guna kita
Merintih pun tak guna
Sudah lumrah dunia
Manusia bukan sempurna
Hati juga tak ikhlas menerima
Dah boleh agak isu kita hari ini?
Ya, tentang kawan yang tak setia. Yang tinggalkan kita bila kita dah tak ada kuasa.
Sekadar berkongsi cerita, kata Mila.
Elok untuk pengalaman hidup. Supaya kita berhati-hati dalam bersahabat. Sahabat masa berada lain, masa tak ada apa-apa lagi lain.
Jom ikuti cerita Mila.
Mila seorang pegawai di bahagian pemasaran sebuah syarikat produk kecantikan. Ramai kenalan, pelanggan dan rakan bisnes majikannya.
Tugasnya menyediakan laporan naik turun produk, kemas kini dan semua perkara tentang pemasaran. Memang penat tapi Mila enjoy.
Sampailah satu hari, Mila ditukarkan ke jabatan kewangan dengan alasan syarikat perlu orang muda untuk merangka strategi pemasaran lebih berkesan.
Rupanya ada udang di sebalik batu.
Mila redha dan positif.
Sejak itu kata Mila semua berubah.
Dia hilang kawan. Rakan-rakan yang pernah berurusan menjauhkan diri. Datang pejabat bertembung pun, buat tak nampak, senyum pun dah tawar. Ada yang buat tak kenal.
Pada hal mereka yang kerap minta sumbangan produk untuk event dan lain-lain. Boleh call berpuluh kali sehari. Boleh minta untuk personal lagi.
Bukan ungkit kata Mila tapi nak kongsi tentang perangai manusia supaya kita berhati-hati.
Tak mahu megah dan riak, jualan syarikat merudum. Orang yang ambil alih tak ada pengalaman. Allah nak tunjuk sekejap sahaja.
Mila pula berhenti kerja. Tak serasi dengan tugas baharu. Syukur dapat tugas lebih baik di tempat lain.
Kata Mila, dia tunggu nak tengok semut-semut lama ada yang nak datang hurung balik ke tidak.
Gurau ja!
Iktibar dari kisah ini
Biar orang buat kita, jangan sekali kali kita buat orang
Jangan berdendam, berbaik sangka
Bila kita faham tentang takdir Allah kita akan redha.
Setiap ujian Allah berlaku kerana sebab
Allah nak bagi yang terbaik kepada kita.
Selalu positif.
Doakan yang baik-baik untuk semua orang termasuk mereka yang pernah menyakiti kita.
Jangan fikir keburukan orang, kenangkan kebaikan yang pernah mereka buat, mesti ada walau sekali.
Bersyukur dengan rezeki yang Allah persiapkan untuk kita selepas diuji. Mila bertuah kerana mudah dapat kerja lain.
Belajar memahami tabiat manusia.
Kita akan tenang dan redha
Hidup lebih bahagia
Dalam iman dan takwa.
❤️🌹 Tidak ada manusia yang tidak mempunyai kisah hitam masa lampau dan tidak ada manusia yang telah melakukan dosa yang tidak mempunyai masa depan. Mereka juga berhak bahagia kerana Allah sangat pemaaf. ❤️🌹 - KitaReporters