BBNUFEST: PENTAS KUGIRAN BBNU BERENTAP!

Published by
KitaReporters

SELEPAS cemerlang dengan penganjuran Tapau Fest dan Tapau Awards pada 2019, TapauTV kini hadir dengan satu lagi idea untuk memeriahkan lagi scene indie tempatan. : KitaReporters.com


Menyedari kepentingan memberi sokongan kepada kugiran baharu yang mahu menembus masuk ke dalam scene, TapauTv berhasrat untuk menganjurkan sebuah festival muzik bercorak pertandingan untuk mencungkil bakat baharu kugiran anak muda.

Menggunakan nama BBNUFest, festival itu akan mengguna pakai konsep rancangan realiti lengkap dengan siaran melalui penstriman langsung serta komentar juri.

(BBNU memberi maksud "Budak Baru Nak Up")

Namun, setakat ini, ia masih pada peringkat idea dan belum ada tarikh siaran yang muktamad.

Hebahan mengenai BBNUFest dibuat dalam laman Twitter TapauTV pada Khamis, 20 Februari 2020.


Dalam bebenang twit yang dikongsi, beberapa konsep asas telah pun difikirkan oleh TapauTV  yang meliputi syarat penyertaan dan peringkat pertandingan.

Syarat untuk menyertai festival itu adalah usia kugiran mesti kurang dari setahun; bukan kugiran super; tidak pernah menghasilkan album penuh dan untuk penyanyi-komposer serta penyanyi/kumpulan hip hop, mereka wajib membuat persembahan menggunakan instrumen.

Bagi peringkat pertandingan pula, idea awalnya adalah untuk meletakkan tiga peringkat.

Peringkat pertama, serahan video atau demo untuk dipilih oleh pihak TapauTV. 

Seterusnya, peserta yang layak akan bertanding dalam rentap kugiran (battle of the band) yang dipecahkan kepada lima zon kawasan, iaitu Selatan, Tengah, Pantai Timur, Utara dan Borneo.

Untuk peringkat terakhir, sebanyak 10 peserta akan dipilih untuk beraksi di BBNUFest. 

Daripada 10 peserta itu, enam dipilih oleh juri dan empat lagi layak melalui undian dalaam talian.

Selain hadiah, juara pertandingan akhir juga akan mendapat satu slot persembahan dalam TapauFest 2020. - KitaReporters.com

1
0
0
0
0

Copy Link: