Kasut BATA dan murid sekolah bagaikan lagu dan irama. Siapa masih ingat semasa zaman persekolahan dahulu setiap hujung tahun, kedai-kedai BATA sering menjadi tumpuan ibu bapa untuk mencari kasut sekolah anak-anak. : KitaReporters.com

Dr. Sheikh Muszaphar (jaket biru)  bergambar kenangan bersama anak-anak dari Gereja St. Mark di kedai BATA Nu Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini.


Maklumlah kan, BATA pun dah 125 tahun dalam pasaran sudah tentu jenama itu menjadi sebutan pada bibir kanak-kanak mahu pun dewasa.

Dan sejajar dengan pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021, tetapi disarankan penggunaannya pada 2020 oleh Kementerian Pendidikan, BATA tidak ketinggalan menyahut peraturan baharu itu.


Malah lebih istimewa lagi, BATA Malaysia memperkenalkan edisi khas koleksi kasut hitam berciri antibakteria dengan memperkenalkan wajah angkasawan negara, Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai influencer sosial medianya.

Kenapa memilih Dr Sheikh Muszaphar?

“Beliau adalah seorang figura terkenal negara dan dikenali murid-murid sekolah atas pencapaian cemerlangnya sebagai angkasawan pertama Malaysia. 

"Jadi beliau paling layak sebagai simbol inspirasi dan contoh terbaik untuk pelajar,” ujar Pengurus Negara BATA, Ajay Ramachandran pada majlis pelancaran koleksi kasut terbaharu berkenaan yang berlangsung di kedai BATA Nu Sentral pada Selasa (3/12/2019) lalu.


Majlis menyaksikan sumbangan kasut sekolah BATA kepada 20 kanak-kanak berusia dari 7 tahun ke atas yang mewakili 150 orang kesemuanya dari Gereja St. Mark oleh Dr. Sheikh Muszaphar. 

Dengan pelancaran kasut rona hitam ini anda mesti tertanya-tanya apa istimewa dan bezanya daripada kasut sekolah lain?

Koleksi terbaharu BATA ini hadir dengan dua rekaan kasut hitam yang dibuat dengan bahan hidup semula jadi berasaskan kekuatan bakteria tumbuhan bagi mengawal bau peluh.

Bahan revolusioner itu mampu menghapuskan 99% bau yang menyebabkan bakteria bagi kesegaran kaki sepanjang hari. 


“Kesemua jenis kasut ini telah diuji makmal bagi perlindungan dan prestasi maksimum pada pemakainya,” tambah Ajay.

Menurutnya, ciri-ciri istimewa itulah juga antara sebabnya, koleksi kasut terbaharu itu menjadi pilihan Dr. Sheikh Muszapahar untuk kasut sekolah anak-anaknya.

Sepanjang kempen ‘Kembali ke Sekolah”, wajah Dr. Sheikh Muszapahar akan menjadi tarikan dan keyakinan untuk ibu bapa memilih kasut yang terbaik buat anak mereka.

“Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan BATA sebagai influencer sosial media mereka untuk memperkenalkan kasut sekolah revolusi terbaharu ini yang memaparkan ciri-ciri antibakteria,” ujar Dr. Sheikh Muszaphar ketika ditemui.


Menurutnya, BATA telah berada di Malaysia sejak sekian lama dan masih terus berkembang dalam menghasilkan produk yang mampu memenuhi keperluan pengguna moden.

“Koleksi inovatif berlandaskan produk antibakteria ini sesuatu yang perlu bagi murid-murid sekolah sekarang apatah lagi dengan iklim panas, kaki mudah berpeluh selepas lebih kurang enam jam berkasut,” tambah beliau.

Selalunya kaki berbau disebabkan peluh berlebihan dan terperap di dalam kasut apabila tiada ruang untuk ia keluar.  

Kelembapan itulah yang menyerap ke dalam lapisan kasut sehingga mewujudkan persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan bakteria lalu menghasilkan bau yang tidak enak.

Sehubungan itu, BATA percaya amat  penting bagi kanak-kanak untuk memiliki kasut sekolah yang kelihatan baik serta memberikan keselesaan dan sokongan kerana ini secara drastik dapat memperbaiki postur dan tumpuan di kelas.


Menyedari hakikat itu, BATA memperkenalkan beberapa tawaran istimewa yang dijamin dapat  merangsang semua ibu bapa untuk memilih kasut BATA apatah lagi melalui kempen ‘Smart Kombo’, pembelian dua pasang kasut sekolah hitam ditawarkan pada harga RM79 sahaja.

Sementara itu, BATA turut menawarkan Pembelian dengan Pembelian khas di mana pengguna boleh mendaptkan sebuah bag sandang North Star pada harga RM49 atau memilih 2 stokin pek berkembar dengan harga RM29 dengan pembelian mana-mana 2 pasang kasut sekolah hitam.

Jika tidak mahu ketinggalan mendapatkan tawaran ini, sebaiknya ke kedai BATA terdekat anda secepat mungkin kerana promosi hanya sah sehingga 5 Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut berhubung koleksi BATA atau sebarang promosi istimewa lainnya boleh layari laman Facebook BATA Malaysia (BATA Home) atau Instagram @batamalaysia. - KitaReporters.com

0
1
0
0
0

Copy Link: