RAHSIA KAEDAH KHUSYUK SOLAT? 'CHECK' OTAK

Published by
KitaReporters

SOLAT merupakan suatu tuntutan dan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap insan dan ia merupakan 'hadiah' bagi individu yang beragama Islam. Malahan solat bukan sahaja sekadar rutin maupun juga aktiviti seperti berdiri, rukuk dan duduk semata-mata tetapi yang lebih penting ia melibatkan otak. : KitaReporters.com

Kedudukkan gambaran Parietal Lobe pada otak manusia - Foto NEUROVERSITI.com


Lebih menarik ada perbezaan antara solat khusyuk dan yang sebaliknya. Kedua-dua ciri ini terpamer pada otak setiap individu semasa melakukanya.

Apabila seseorang solat dengan khusyuk, aktiviti otak yang dinamakan Parietal Lobe menjadi kurang aktif. 

Fokus hanya kepada yang satu bukan lagi teringat pelbagai perkara saperti apa yang perlu dibuat dibuat salepas solat atau siapkan tempahan yang diminta sebelumnya.

Jika otak masih sibuk memikirkan hal-hal dunia semasa solat ini bermakna Parietal Lobe masih aktif.

Persoalannya bagaimana cara kita mahu mengurangkan aktiviti Parietal Lobe supaya solat yang didirikan pada lima sehari semalam menjadi lebih khusyuk?

  

Dr. Rizal Abu Bakar seorang pengamal bidang neuro yang aktif di negara ini - Foto NEUROVERSITI.com


Seorang pengamal bidang neuro ( bidang perubatan berkaitan otak dan saraf) yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Dr. Rizal Abu Bakar melalui paparannya dalam laman web  NEUROVERSITI.com mengutarakan 13 kaedah bagaimana cara untuk mententeram mahupun mengurangkan aktiviti Parietal Lobe dalam usaha menjadikan kita khusyuk semasa solat.

Menurut beliau yang juga seorang jurulatih program "Otak Cantik, Otak Cerdik" dan aktif berkongsi tip meningkatkan prestasi otak di Facebook, untuk mententeramkan bahagian Parietal Lobe, ia perlu dipraktikkan setiap hari sama seperti seseorang  yang berlatih sukan, tanpa latihan tidak akan ada pencapaian.

Caranya mudah dan perlu diamalkan dahulu.

Beberapa kaedah boleh diamalkan untuk khusyuk ketika mengerjakan solat menurut teori yang diketengahkan oleh Dr. Rizal Abu Bakar.


Antara kaedah tersebut termasuklah :


1) Cari Tempat Yang Tiada Gangguan.

Boleh jadikan bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai jauh daripada gangguan untuk tempoh lima minit sebagai permulaan.

2)  Duduk Dalam Keadaan Selesa.

Cara duduk adalah terpulang kepada setiap individu, asalkan selesa. Pejamkan mata atau bukanya bergantung kepada tahap keselesan masing-masing.

3) Bernafas Melalui Hidung.

Rasakan udara yang masuk sama ada sejuk atau panas. Hembus nafas melalui mulut dan rasakan udara yang keluar.

4)  Teruskan Bernafas. 

(a) Fokuskan kepada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas dan rasakan pergerakan tersebut.

5) Teruskan Bernafas. 

(b) Alihkan fokus pada pergerakan pada bahagian perut dan rasakan aktiviti turun naik perut.

6) Mungkin Fikiran Akan Melayang.

Biarkan keadaan tersebut kembali fokus pada rasa udara keluar masuk pada bahagian dada dan perut.

7) Selepas Dua Minit Boleh Mulakan Zikir.

Ambil perkataan dua suku kata semasa memulakan zikir contohnya, Allah. Ini akan mengaktifkan Parietal Lobe.

8) Amalkan 5 Minit Dahulu.

Buat amalan mengikut kaedah ini untuk tempoh 12 hari. Tujuan utama ialah bagi belajar mententeramkan Parietal Lobe.

9) Dapatkan Rentak.

Bila mana rentak tersebut sudah dapat dibiasakan, setiap kali sebelum melakukan solat amalkanlah aktiviti berkenaan. Bernafas dan berzikir.

10) Perlu Rancang Waktu Nak Solat.

Berikan lebih masa dan perlu ruang untuk bertenang.

11) Bernafas Dengan Tenang.

Selepas berzikir dan sebelum menunaikan solat bernafas dengan tenang, berdiri dan bernafas dengan keadaan releks.

12) Semasa Solat Nafas Perlu Dijaga.

Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya.Kaedah ini akan mententeramkan Parietal Lobe.

13) Fokus Pada Sebutan Bacaan.

Bila terjadi fikiran melayang tarik nafas dan lepas. Sambung semula bacaan setelah dapat fokus kembali.


Dr. Rizal berkata, untuk dapat mendirikan solat yang khusyuk kita perlu mempraktikkannya selalu kerana ketenangan tidak akan datang jika tanpa diamalkan dan khusyuk itu rezeki.

Solat yang khusyuk merupakan antara rezeki yang diberikan nikmat oleh Allah S.W.T.


Ujarnya, salah satu tanda hampirnya kiamat bila Allah S.W.T menarik nikmat khusyuk semasa solat  dan mungkin itu tanda kiamat kecil yang semakin menghampiri kita.

Beliau mendoakan ada manfaat daripada kaedah berkenaan bila diamalkan semoga dengan keadan khusyuk semasa solat aktiviti di Parietal Lobe berkurangan.

Zikir jika diamalkan boleh menjadikan hati individu yang terlibat sentiasa tenang.


Sementara itu, Dr. Rizal berkata, zikir merupakan suatu tuntutan yang boleh menjadikan hati individu mengamalkanya tenang saperti yang dijanjikan Allah melalui al-Quran.

Bicara Baginda Rasul (bacaan salawat) juga mengajak umatnya untuk berzikir dan bacaan tersebut sentiasa memberikan ketenangan.

Dengan berzikir dapat meningkatkan aktiviti otak dan kesannya menakjubkan. Ucapan berulang menyebut Asmaul Husna boleh menurunkan gelombang otak sehingga 110 hz.

Lakaran antara bahagian aktiviti otak manusia yang terkesan dengan zikir yang boleh menurunkan gelombang otak sehingga 110 hz. - Foto NEUROVERSITI.com


Kesannya ada pada otak di belakang dahi manusia yang dikenali sebagai PreFrontal Cortex (PFC) dan ia adalah diibaratkan sebagai Pengarah Urusan (CEO) bagi otak manusia.

Zikir dikesan mengalihkan aktiviti otak daripada bahagian yang memproses bahasa ke bahagian  memproses emosi. Sebab itu dalam zikir lahirnya emosi.

Malahan dalam zikir boleh menerbitkan titisan air mata yang selalunya mengalir deras. Zikir juga meningkatkan kemampuan memori antara sebabnya bahagian yang dirangsang  dengan zikir ialah Hipocampus.

Ladang memori otak manusia membesar disebabkan zikir dan kepada golongan yang mahu belajar (terutama pelajar), beliau sarankan supaya melakukan zikir terlebih dahulu.

Zikir juga katanya, meningkatkan aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex. Bahagian ini adalah pembekal motivasi.

Minat untuk belajar akan bertambah dan pelajar juga lebih menumpuan perhatian serta fokus kepada bidang pelajaran.

Sentiasalah mengamalkan zikir tanpa mengira masa dan keadaan, bukan hanya ditikar sembahyang sahaja.


Kesimpulanya, jika anda mahukan kesan maksimumm pada otak dan pelajaran sentiasalah berzikir tanpa mengira waktu dan keadaan. Jadikanlah zikir sentiasa di hati.

Ringankanlah lidah, basahkanlah bibir dengan zikir kerana ia bukan sahaja boleh dilakukan di atas tikar sembahyang tetapi semasa berdiri, duduk, berjalan atau baring.

Jadikanlah kenderan kita sebagai tempat zikir. Semasa perjalanan jauh gemakanlah suasana dengan alunan zikir.

Jom zikir: Subhanaalah. Walhamdulillah, Wala Ilaha Ilallah  Wallahu Akbar. 

Jadikanlah sembahyang anda yang penuh khusyuk untuk mendapatkan kenikmatanya.

5
0
0
0
0

Copy Link: