SIAPA sahaja yang ke Pulau Pinang pasti pernah melihat jejantas pejalan kaki di terminal Jeti Pulau Pinang ini sebagai laluan utama bagi mereka yang ingin menaiki feri yang disediakan.  Tetapi baru-baru ini telah tular dalam media sosial foto jejantas ini dilihat hampir roboh. : KitaReporters.com

FB https://www.facebook.com/hariapenangharia/


Menurut Persatuan Abang Tanjung Penang, kejadian ini terjadi disebabkan sebuah lori yang membawa jentera berat telah melanggar jejantas ini. 

Menurut sumber di Persatuan Abang Tanjung itu, dikatakan sebuah lori membawa jentera berat melalui jalan tersebut dan melanggar jejantas berkenaan sehingga menyebabkan ia hampir roboh. 



Rata-rata netizen yang sempat menyaksikan kejadian ini berasa terkejut kerana jejantas ini merupakan pejalan kaki paling lama di negeri tersebut.

Bukan itu sahaja netizen juga berpendapat bahawa kejadian yang berlaku kerana jejantas itu sudah usang dan tidak dibaiki sehingga sekarang. 

Malahan ketinggian jejantas itu tidak sesuai untuk digunakan lagi pada zaman sekarang.



Para netizen juga mengatakan, rata-rata pengguna tidak mahu menggunakan jejantas tersebut kerana ingin menjimatkan waktu dengan melintas jalan raya tersebut tanpa menggunakan jejantas.

Bagi anda yang pernah menggunakan jejantas ini, pasti banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa berasa di Pulau Pinang. 


Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan, kerja-kerja pemotongan wayar utiliti yang terikat dengan struktur jejantas di Pengkalan Weld sedang giat dijalankan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) bagi membolehkan kerja perobohan struktur jejantas dimulakan.

"Proses perobohan dan pengalihan struktur jejantas dijangka akan bermula pada sekitar jam 8.00 malam (5 Februari 2020) dan dijangkakan kerja-kerja dapat disiapkan pada malam ini juga.

"Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengambil langkah untuk merobohkan jejantas demi keselamatan orang awam terutama pengguna jalan raya.

"Orang awam juga dinasihati supaya berhati-hati di jalan raya dan mematuhi arahan anggota keselamatan di tempat kejadian memandangkan keadaan trafik di kawasan tersebut agak sesak," jelas MPBB dalam satu kenyataan pada Rabu, 5 Februari 2020. - KitaReporters.com

Kredit foto FB https://www.facebook.com/hariapenangharia/


Kredit foto FB https://www.facebook.com/hariapenangharia/

2
0
2
1
1

Copy Link: