BOLEH KE LUPAKAN GAJET?? 'JOM KITA MAIN'!
Published bySETUJUKAH anda jika dikatakan hari ini, masa yang diluangkan oleh kanak-kanak bermain secara spontan semakin berkurangan apatah lagi dengan wujudnya pelbagai gajet seperti telefon pintar yang melekakan dan melalaikan kanak-kanak bermain. : KitaReporters.com
Antara kanak-kanak yang sertai kempen 'Jom Kita Main' anjuran bersama Breeze dan Global Peace Foundation baru-baru ini.
Jika disenaraikan, aktiviti bermain sebenarnya banyak merangkumi pelbagai seperti melukis, mereka cipta, melompat, bersembunyi, melakonkan peranan, bercerita menggunakan boneka dan macam-macam lagilah.
Menyedari hakikat itu, bagi menggalakkan aktiviti-aktiviti tersebut dalam kalangan kanak-kanak, Breeze sebagai peneraju pencuci pakaian, bersama dengan Global Peace Foundation (GPF) baru-baru ini memperkenalkan kempen ‘Jom Kita Main’!
Untuk pengetahuan anda, Global Peace Foundation (Yayasan Keamanan Sejagat) adalah yayasan yang menggalakkan pendekatan berinovasi, berasaskan nilai ke arah pembentukan keamanan, berlandaskan wawasan bahawa setiap manusia adalah ahli satu keluarga besar di mata Tuhan tanpa sebarang perbezaan.
Antara Inisiatif Global Peace Foudation termasuklah pembangunan komuniti untuk komuniti terpinggir, memberi inspirasi kepada para pendidik dan memperkasakan para belia.
'Kempen 'Jom Kita Main!' ini bertujuan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti menarik, aktif dan menyeronokkan.
Antara aktiviti-aktiviti yang diperkenalkan....
Kempen yang bermula pada bulan Jun 2019 dan berakhir baru-baru ini, melibatkan kanak-kanak dari Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dan PPR Raya Permai di Selangor.
Mereka merupakan kanak-kanak yang telah mengambil bahagian dalam 16 sesi bengkel hujung minggu yang meliputi aktiviti dalaman dan luaran yang dirancang serta bertema.
Ia menyediakan platform asas kepada kanak-kanak untuk membentuk pelbagai kemahiran hidup seperti kemahiran sosial, kreativiti, ketahanan, keupayaan untuk mengekspresikan diri, berkomunikasi, berunding, membina empati dan macam-macam lagi.
"Masa bermain antara kanak-kanak telah berkurangan dengan ketara.
"Melalui kempen ini, kami ingin menyebarkan kesedaran bahawa aktiviti bermain secara spontan adalah penting dan bagus untuk kanak-kanak, khususnya bermain di luar, apatah lagi pada tahun-tahun perkembangan mereka.
"Manfaatnya adalah mereka berupaya membentuk pelbagai jenis kemahiran," ujar Vincent Chong, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.
Menurut beliau, kempen 'Jom Kita Main!' adalah kempen berterusan di mana Breeze bersama-sama dengan GPF telah menjalankan sesi dua minggu sekali di PPR Kota Damansara dan PPR Raya Permai dari bulan Jun 2019 hingga Disember 2019.
Aktiviti mengenali tumbuh-tumbuhan....Kanak-kanak mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dalaman dan luaran yang direka mengikuti tema tertentu pada setiap sesi.
"Ketika kanak-kanak berhubung dan berinteraksi dengan dunia sekeliling, mereka membentuk kebolehan baharu yang meningkatkan keyakinan diri dan daya ketahanan yang diperlukan untuk cabaran pada masa depan.
"Mereka akan belajar bekerjasama dalam kumpulan, menyelesaikan konflik dan kemahiran membuat keputusan.
"Selain daripada membina tubuh badan yang aktif dan sihat, bermain secara spontan juga memberikan peluang kepada ibu bapa untuk melihat dunia dari sudut pandangan mata anak mereka.
"Di samping itu, ia dapat membantu membentuk komunikasi yang berkesan di antara ibu bapa dan anak," ujar Dr Teh Su Thye, Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Foundation.
Di antara aktiviti yang menyeronokkan meliputi membuat doh mainan coklat dan membuat bentuk yang menyeronokkan dengan doh mainan bersempena Hari Coklat Sedunia, melukis bendera Malaysia dengan cat menggunakan tangan bersempena Hari Merdeka, bermain secara bebas di luar rumah dengan para sukarelawan, dan pertandingan futsal.
Untuk rekod, sejumlah RM50,000 telah dikumpulkan hasil daripada pengguna di mana setiap pembelian pencuci Breeze, sebanyak RM1 disalurkan untuk membiayai kempen 'Jom Kita Main!'.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Hari Bilik Darjah Luar Breeze di www.outdoorclassroomday.com. - KitaReporters.com
Bersenam antara aktiviti yang perlu diajari untuk kesihatan.