PASANGAN pelakon, Zahirah MacWilson, 25, sah menjadi isteri kepada Aiman Hakim Ridza, 31, dengan sekali lafaz pada jam 9 malam Khamis, 20 Februari 2020. : KitaReporters.com

Aiman dan Zahirah sah menjadi suami isteri setelah enam bulan bertunang. - Kredit foto: Gempak

Aiman atau nama penuh, Aiman Hakim Ridza Abdoh melafazkan akad nikah di hadapan ayah Zahirah, pelakon veteran Zainol MacWilson dengan disaksikan kira-kira 200 orang tetamu di foyer, GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara, Selangor.

Pihak lelaki memberi mas kahwin RM300 dengan 5 dulang hantaran dan dibalas tujuh.

Aiman tenang ketika menjalankan acara akad nikah. - Kredit foto: BeautifulNara

Zahira dan Aiman bertunang pada 8 Jun 2019 dan mereka merancang majlis perkahwinan sejak enam bulan lalu.

Majlis resepsi akan diadakan sebelah malam pada Jumaat, 21 Februari 2020 juga di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal.

Zahira dan Aiman lega apabila majlis akad nikah berjalan lancar. Kredit foto: BeautifulNara

Sebelum ini, Zahira dan Aiman tidak membuat  pengumuman rasmi dan membuat orang ramai ternanti-nanti saat bahagia mereka. - KitaReporters.com



6
1
0
0
0

Copy Link: