GUNA SYILING TABUNGAN BELI TELEFON PINTAR

Published by
KitaReporters
PADA era masa kini, smartphone (telefon pintar) menjadi komponen penting dalam kehidupan kita yang mungkin tidak boleh terlepas daripada urusan keseharian kita. : KitaReporters.com

Foto WOB Thailand.


Bahkan anak-anak sekarang ramai memiliki smartphone untuk mencari hiburan atau agar mudah berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga mereka.

Biasanya, orang tua akan membelikan smartphone untuk anak-anak mereka. Namun kanak-kanak sekolah rendah dari Thailand ini membeli smartphone daripada wang hasil menabung sendiri.

Mereka menyisihkan wang saku mereka sedikit demi sedikit agar boleh membeli smartphone impian mereka.

Menurut laporan World of Buzz (WOB) Thailand baru-baru ini, dua kanak-kanak adik beradik ini telah pergi ke sebuah kedai telefon di Surat Thani untuk membeli smartphone.

Si kakak mendekati staf dan bertanya apakah mereka menerima wang syiling sebagai pembayaran. Staf mengatakan mereka menerima wang syiling dan dua beradik memilih model yang ingin mereka beli.

Mereka terkejut melihat kedua-dua beradik itu  mengeluarkan bungkusan syiling untuk membayar smartphone yang mereka pilih, Oppo AS 2020, yang harganya 4.999 baht (sekitar RM 700).


Staf bertanya bagaimana mereka mendapatkan wang dan gadis-gadis kecil itu mengatakan kepada mereka bahawa mereka telah menabung untuk waktu yang lama sehingga mereka dapat membeli smartphone impian mereka. 

Si kakak perempuan mengatakan bahawa dia telah menabung sebahagian daripada wang sakunya bersama dengan adik perempuannya dan itu adalah kebiasaan yang diajarkan oleh ayah mereka.

Ayah mereka selalu mengatakan kepada mereka bahawa mereka harus menabung dengan wang mereka sendiri untuk membeli barang-barang yang mereka inginkan.

Perkara itu pun telah membantu menanam kebiasaan berjimat antara kedua-dua anak perempuan itu.

Anggota staf telah memaparkan kejadian luar jangka itu dalam media sosial dan kisah anak-anak kecil itu menjadi tular  bahkan menginspirasi banyak orang agar rajin menabung. - KitaReporters.com

1
0
1
0
0

Copy Link: