GARA-GARA konflik yang terjadi antara pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid membuka laluan kepada netizen menggaitkan Sumareh sebagai calon pilihan Syifa Melvin. : KitaReporters


Masalah yang terjadi antara kedua-dua mereka itu telah membuka ruangan komen untuk netizen memberikan pendapat membina dan ada juga yang memberikan komentar yang sinis.

Dalam komentar yang dimuat naik oleh @nazniimran, dia mencadangkan nama rakan sepasukan Safawi dalam skuad kebangsaan iaitu Mohamadao Sumareh sebagai calon terbaik yang dapat menggantikan Safawi.

Pemain Gambia yang mendapat kerakyatan sebagai pemain naturalisasi pertama skuad Kebangsaan itu terus dikaitkan sebagai individu pilihan yang tampan berambut kerinting serta memiliki wang.


Terdahulu, Tunku Ismail, yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dikatakan berang terhadap Syifa yang mendesak Safawi untuk menyegerakan majlis perkahwinannya berikutan hubungan yang terjalin sejak Ogos 2019.

Dalam pada itu, terdapat juga komentar netizen yang memberi amaran kepada Syifa untuk berhati-hati ketika memberi kenyataan atau ulasan bagi menjaga hati semua pihak yang terlibat memandangkan dia berhadapan dengan kerabat diraja.

Setiap komentar balas haruslah berwaspada agar tidak mengguris hati dan mencalarkan imejnya. 

Syifa menerusi kenyataannya yang terbaru berkata, dia mengambil pendirian untuk berdiam diri tanpa memberikan sebarang ulasan berbangkit bagi mengelak menimbulkan apa-apa fitnah. - KitaReporter

12
0
0
4
4

Copy Link: