KONGSI MINDA BERSIH JIWA: SENYUM ITU SEDEKAH
Published byAssalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa.
Gambar dari https://all-free-download.com/free-vectors/
Renungan
Senyum itu sedekah
Sombong pula bawa masalah
Senyum itu tanda kemesraan, jika diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Terlebih ketawa sakit jiwa. Tidak ketawa pun masalah juga.
Tetapi lebih baik senyum dan ketawa daripada sombong.
Senyum Penawar..
Senyum melegakan
Senyumlah walau dalam sedih
Bila senyum.. Hilang rasa pedih
Sejuk hati orang memandang..
Buat apa sombong..
Tak untung pun sombong malah dibenci orang.
Hidup macam kera sumbang.. Kawan pun lari.
Hidup tak tenang.
Alangkah manisnya kalau bersederhana dalam hidup.
Tunjukkan kemesraan kerana itu adalah yang terbaik dalam hubungan sesama manusia. Tapi jangan putuskan hati kita dengan Allah, kerana ini adalah hak-Nya.
Berdoa agar Allah jentik hati kita untuk sedar dan berubah.
Ingat..
Kadangkala sikap mencorak diri kita. Siapa kita di mata orang juga bergantung kepada sikap kita.
Terserah yang mana jadi pilihan.
SENYUM ATAU SOMBONG?
Yang manis di mata atau kehendak hati. Yang Cantik di dalam dan di luar. Atau kekal negatif?
❤️🌹 Cantik wajah kerana senyum... Cantik hati kerana akhlak❤️🌹