[VIDEO] SITI NURHALIZA DAN AJL BERPISAH TIADA?
Published byDATUK Seri Siti Nurhaliza Tarudin membuat kejutan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34, TV3 pada Ahad, 9 Februari 2020. Dia muncul tiba-tiba di tengah-tengah lagu ‘Anta Permana’ yang didendang oleh Bob Yusof dan menyanyi bersama hingga lagu berakhir. : KitaReporters.com
Kehadiran Siti Nurhaliza dalam majlis itu tidak diketahui ramai. Penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bertepuk tangan akan kemunculan Siti Nurhaliza yang menyanyi bersama Bob.
Selepas persembahan, Siti Nurhaliza terus pulang menyebabkan tiada petugas media dapat mewawancaranya.
Namun segala persoalan mengenai kemunculan semula Tok Ti selepas 13 tahun tidak muncul dalam AJL terjawab dalam Siti Oficial Video di YouTube.
Menurut Siti Nurhaliza, keputusannya untuk muncul dalam AJL kali ini dibuat pada saat-saat akhir setelah mendapat pandangan peminat dan yang penting mendapat restu suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Kata Siti Nurhaliza, kemunculannya adalah sebagai hadiah dan untuk memberi sokongan kepada ‘team’ "Anta Permana" terutama komposernya, Hael Husairi dan Ezra Kong serta Bob selaku penyanyi pengganti.
Lagu tersebut mendapat tempat ketiga.
Bagi Siti Nurhaliza lagu ‘Anta Permana’ begitu bermakna dan dia sedia melakukan kemunculan semula demi lagu itu terutama bagi menghargai komposernya dan Bob yang sedia menjadi penganti dirinya.
Latihan tarian di studio tarian dan latihan vokal di Pak Ngah Studio dilakukan seminggu lalu dengan kehadiran Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza melakukan gimik dengan menjadi penyanyi bersama lagu 'Anta Permana'
Kerana ia berupa kejutan hanya petugas tertentu yang berkaitan mengetahui akan kehadirannya.
Disebabkan hendak benar-benar membuat kejutan, Siti Nurhaliza tidak muncul ketika raptai penuh dijalankan pada sehari sebelumnya.
Untuk mengetahui sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Tok Ti di bawah dan boleh juga ikuti Siti Oficial Video di YouTube. - KitaReporters.com