RUMAH MURAH UNTUK DIJUAL! HARGA RM4 SAJE..
Published byADUHAI!!.... Gaji RM2,000 sampai kematulah nak rasa hidup di rumah sendiri. Tambah pula sekarang, harga makanan harian pun dah melonjak macam spring kereta, jangan mimpilah nak beli rumah setengah juta. : KitaReporters.com
Bandar Bisaccia yang terletak di selatan Itali dalam wilayah Campania. - Kredit foto https://evoke.ie/
Tunggu sekejap!! Anda tak hendak ke berasa ke hidup di Itali, melawat bandar air di Venice, makan ais krim di Piazza dan melawat Menara Condong itu?
Nah untuk anda, ada rumah untuk dijual dengan harga 1 Euro (RM4) sahaja.
Bisaccia yang terletak di selatan Itali dalam wilayah Campania kini menawarkan 90 bangunan terbiar untuk dijual dengan harga bawah pasaran satu euro.
Sebelum itu, ada beberapa daerah di negara itu yang cuba menyelamatkan komunitinya yang tengah 'tenat' dengan mengajak orang ramai berpindah dan membeli bangunan di sana.
Berbeza dengan bandar lain, tawaran Bisaccia adalah terbuka kepada orang ramai yang berminat mengekalkan seni bina dan memulihara sejarah bangunan.
Bisaccia dikenali sebagai bandar 'mati' dikeliingi bukit dan hutan kecil. - Kredit foto https://www.mirror.co.uk/
"Kami berdepan dengan masalah bangunan purba yang terbiar di segenap kampung.
"Rumah berkembar atau deretan satu jalan. Malah ada rumah yang kongsi satu jalan masuk," kata Timbalan Datuk Bandar Bisaccia, Francesco Tartaglia kepada CNN.
Sebab itulah katanya daerah itu mengalu-alukan keluarga, kumpulan kawanan, sedara mara, orang yang kita kenal dan pelabur untuk bekerjasama.
"Kita galakkan mereka beli lebih dari satu untuk memajukan semula daerah ini," tambah Tartaglia.
Macam biasalah kalau dah harganya sangat murah itu, pembeli perlu beri komitmen untuk mengubah suai hartanah itu.
Tidak seperti bandar lain, pelabur ini tidak ada had baget atau tempoh untuk menyiapkan kerja.
Bisaccia agak istimewa sebab bangunan terbiar itu milik penguasa tempatan yang ditinggalkan oleh penghuninya untuk berhijrah mencari kehidupan baru.
Jadi tak perlu menghalau keluar pemilik asalnya atau masalah memproses dokumen.
Dalam kebanyakan kes, ada skim menipu dalam jualan rumah ini kerana ada masanya jual beli itu membabitkan tuan rumah asal dengan pembeli tanpa campur tangan majlis daerah.
Lihatlah bandar di persimpangan tiga wilayah Itali. - Gambar oleh Salvatore Cassese
Bisaccia bersempadan dengan Campania, Basilicata dan Puglia, manakala Naples yang dipenuhi puing dan runtuhan zaman silam dan Matera yang kedua-duanya diwartakan sebagai bandar raya sejarah Unesco.
Kata Tartaglia, hasil campuran budaya membuatkan, pesta perayaan bertopeng dan pelbagai pesta makan dan budaya daripada tiga daerah itu diraikan bersama.
Bisaccia dikenali sebagai bandar 'mati' dikeliingi bukit dan hutan kecil, dulu terkenal kerana proses pembuatan bulu dan seni pertukangan.
Ia kemudian ditinggalkan berikutan gempa bumi dan yang terakhir pada 1980 yang terus menjunamkan populasi penduduknya.
Walaupun sukar untuk hidup di sini, penduduknya sangat baik, saling menghormati, peramah, rajin dan tahan lasak, kata Tartaglia.
Penghijrah baharu akan diberi layanan dan dijaga sebaiknya.
"Apa yang penting kami mahu bandar ini kembali bersinar," katanya.
Satu persoalan yang timbul di sini. Jika kita beli, walaupun harga rumah lebih murah tetapi macam mana pula dengan tiket kapal terbang. ke sana?
Sanggupkan anda tiba-tiba tengah enak tidur, tiba-tiba dikejutkan dengan gempa bumi!!
Bijak membeli, bijak melabur jika berani silalah.
Rumah di atas 'bom jangka' boleh dijadikan homestay menarik untuk mereka yang sukakan cabaran maut!! - KitaReporters.com
Runtuhan seni bina lama yang cantik dan perlu dikekalkan. - Kredit foto CNN.com
Kena ada usaha sedikit pengubahsuaian. - Kredir gambar Salvatore Cassese