APAKAH KAABAH LENGANG TANDA ALLAH MURKA?
Published byBARU-BARU ini tular dalam media sosial kerajaan Arab Saudi telah menggantung visa untuk umrah dan mengosongkan Masjidilharam di Mekah bagi menjaga kesucian umat Islam daripada sebarang penularan wabak COVID-19. Malaysia juga turut mengambil tindakan yang sama dengan memberhentikan sementara perlaksanaan ibadah umrah susulan dari larangan sama yang diumumkan oleh kerajaan Arab. : KitaReporters
Gambar diambil dari instagram @haramain_info
Bagi yang belum pernah melihat kota Mekah lengang dan kosong dari kumpulan manusia, sudah pastinya ini merupakan peristiwa yang luar biasa berlaku yang mana kita ketahui Mekah dan Madinah adalah kawasan tumpuan jutaan umat manusia beragama Islam menunaikan ibadah rukun islam yang kelima.
Tanpa kita menyedari apakah peristiwa yang berlaku adalah suatu peringatan daripada Allah untuk setiap hambanya perbaiki keterlanjuran yang telah dilakukan agar kita tidak selamanya berada dalam kesesatan dan kegelapan??
Dalam satu riwayat hadis yang ingin dikongsikan, Nabi SAW pernah bersabda bahawa apabila menjelangnya waktu akhir zaman nanti akan adanya tahun-tahun umatku terhalang untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah disebabkan sesuatu perkara dan musibah.
Peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu jelas seakan-akan menjadi realiti pada zaman kita.
Kecendurangan kita untuk melakukan dosa menyebabkan sang pencipta memberikan bencana berbentuk penularan wabak penyakit, peperangan dan persengketaan mengikut apa yang dimahukan-Nya.
Bencara yang terjadi ini secara tidak langsungnya mungkin berupa manifestasi jurang kebergantungan manusia dengan Allah yang dilihat kian meluas dan sudah pasti keadaan itu suatu bentuk kerugian dan kecelakaan yang harus diperbaiki manusia dari semasa ke semasa.
Keterbatasan umat Islam untuk melakukan ibadah dan berjumpa dengan penciptanya telah ditarik seketika oleh Allah untuk kita terus bermuhasabah diri dan bertaubat dengan kadar segera sebelum menutup mata.
Ujian demi ujian akan dijelmakan Allah untuk melihat sejauh mana tahap keimanan kita kepada-Nya sebagai seorang hamba selagi kita bergelar manusia.
Lihat sahaja kelompongan yang dilakukan manusia sejak akhir-akhir di kota suci Mekah.
Apa yang tular dalam media sosial, mirip dengan hadis akhir zaman yang dikongsikan oleh Rasulullah berkaitan dengan perbuatan menunjuk-nunjuk, bermegah-megah ketika melakukan ibadah tanpa merasa takut seumpama mencabar zat Maha Pemerhati seterusnya menimbulkan kemurkaan-Nya.
Seharusnya kita yang dikurniakan akal fikiran yang waras untuk berfikir harus cakna serta mengambil ikhtibar dan pedoman dengan apa yang telah dan bakal Allah tunjukkan kepada kita.
Kembalilah kita untuk sentiasa bertaubat kepada-Nya kerana sesungguhnya tabiat kita sebagai manusia yang gemar melakukan dosa dan kesesatan akan menghadirkan bencana dan malapetaka tanpa diminta.
Allah itu adil dan saksama; sama ada kita dalam golongan yang baik atau sebaliknya, hukuman tetap Allah berikan sama rasa dan tetap akan kena.
Apa lagi yang mahu Allah tunjukkan kepada kita? Segeralah ke jalan-Nya! - KitaReporters
VIDEO... Kredit foto: IG @haramain_info (https://www.instagram.com/tv/B9bOoqdnp8o/)