TAHNIAH DEJA MOSS!! UMUM SAH KAHWIN LAIN

Published by
KitaReporters

"IYO saya sudah berkahwin tahun lalu. Tapi butir pernikahan ini biar saya dan keluarga saja tahu, tidak perlulah dihebohkan," kata penyanyi Asmara Ini, Deja Moss dalam catatan pendek dalam akaun sosial Facebooknya. : KitaReporters

Semoga berkekalan bahagia. Gambar: FB Deja Moss


Sharifah Hadijah Wan Moss @ Deja Moss memilih Maher Khani sebagai suaminya selepas rumah tangganya yang pertama yang dibina bersama seorang rakyat tempatan selama 10 tahun gagal. 

Dia juga tidak dikurniakan anak.

"Patutlah senyap saja akhir-akhir ini, rupa-rupanya sedang menikmati saat manis bulan madu, " komen seorang peminatnya yang agak terkejut melihat posting berkenaan sambil memuji suami Deja Moss, kacak dan bergaya.

Deja sedang berbahagia. Kenangan di AS. - Gambar: FB Deja Moss


"Alhamdulillah kak Deja Moss DM, im so happy... So loving.. so handsome and so caring suami kak deja.. 

"Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. patutlah senyap setahun ni rupanya tengah honeymun hehehe...

"Atas apa yg kak deja lalui selama ini semoga Allah permudahkan hidup kat deja dan hidup bahagia dunia akhirat bersama suami tercinta... LUV YA.. ❤️❤️❤️❤️❤️," demikian komen seorang peminatnya, Norazlin Haji Abusaman yang copy paste dan kongsi bersama ribuan peminat Deja Moss.

Deja Moss dalam Facebooknya pula menulis,

 "Asalamulaikumwarahmatullahiwabarakatu, alhamdulilah hari ini saya ingin berkongsi berita gembira buat sahabat2 rakan2 IG Dan FB serta peminat2 saya, yang saya telah selamat bergelar isteri, tahun lepas dgn lelaki pilihan hati saya Maher Khani.

"Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa dari anda semua, mengenai butiran pernikahan kami biarlah ia menjadi milik saya dah keluarga, cukuplah saya maklumkan saya sudah selamat menjadi isteri 

"Dan doakan pernikahan kami berkekalan hingga ke jannah, terima kasih semua, salam kasih sayang much love❤️❤️❤️..

"Stay home and be safe !!!!!" Deja Moss sempat berpesan kepada  peminatnya supaya berhati-hati dengan wabak Covid-19 sekarang.


Deja Moss berkahwin dengan Azfendy Azzuddin Ahmad pada 30 Ogos 2008 dan bercerai talak satu pada 24 Oktober 2018 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. 

Difahamkan Deja dalam proses membuat tuntutan nafkah RM800,000.

Deja menerbitkan album pertamanya, Simpankan Cerita lalu pada 2013 membariskan lagu-lagu seperti Kau Yang Istimewa, Tiada Kali Kedua dan Mestikan Aku Menerima Mu. 

Kali terakhirnya albumnya bertajuk Menepis Rawan dengan komposernya, Asfan Shah dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. 

Lagunya dimuat naik dalam YouTube oleh Rusa Music dan telah ditonton lebih 28,000 tontonan.

Deja Moss adalah penyanyi kelahiran Sarawak juga terkenal sebagai ahli perniagaan. 

Dia pernah membuka restoran dan mengedar serta menjadi pengajar kek lapis Sarawak. - KitaReporters.com



0
0
0
0
0

Copy Link: