RAMAI yang tahu setiap kali musim cuti sekolah pasti ada sahaja majlis perkahwinan yang dilangsungkan. Tetapi oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan demi mengekang wabak Covid-19 telah menyebabkan pelbagai jenis acara terpaksa ditunda mengikut perintah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, 16 Mac 2020. : KItaReporters

Kredit foto-foto: Zenuz production 


Berbeza pula dengan pasangan pengantin ini yang tular dalam media sosial kerana meraikan hari bahagia mereka dengan cara yang sangat unik tetapi sesuai dengan situasi sekarang.

Apa yang berbeza nya?

Dari perkongsian pengguna Facebook Dinas Bridal, pasangan pengantin ini telah memilih idea perkahwinan 'Drive-Thru' (pandu lalu) sahaja agar para tetamu yang hadir tidak perlu turun dari kereta dan berkumpul.

Bagi menghormati para tetamu yang hadir ke majlis mereka pada hari tersebut, pengantin memilih untuk meletakkan tangan di dada sebagai tanda salam dan hormat.


Ini juga bagi mengelakkan pasangan pengantin bersentuhan atau berjabat tangan dengan para tetamu. 

Bukan itu sahaja, para tetamu yang hadir diberikan makanan yang siap dibungkus pada majlis tersebut untuk dibawa pulang.


Bagi tetamu yang ingin memberikan sumbangan kotak sumbangan juga disediakan bagi memudahkan mereka memasukkan wang.


Tetapi rata-rata netizen yang melihat foto ini memberi reaksi negatif terhadap pengantin. 

Menurut mereka, sepatutnya pengantin perlu memakai sarung tangan dan topeng muka kerana ini juga membahayakan kesihatan tetamu dan juga pengantin.



Jadi untuk anda semua, bernikahlah dahulu kerana ia tidak melibatkan kehadiran ramai orang. 

Majlis persandingan dan resepsi disarankan tangguh dahulu sehingga penularan Covid-19 di Malaysia berakhir.

Bukankah proses ijab kabul suatu perintah wajib, jadi fikir-fikirkan untuk melaksanakan majlis resepsi pada masa terdekat ini.

Macam-macam cara orang kita berfikir di luar kotak. Siapa kata orang kita tak inovatif. 

Apa-apa pun... Selamat Pengantin Baharu kepada pasangan pengantin "drive-thru" ini. Semoga kekal bahagia dan aman damai sehingga ke jannah.  - KitaReporters

0
0
3
1
0

Copy Link: