GO RED GIANTS! SERANG.. SERANG.. SERANG

Published by
KitaReporters
PEMINAT-PEMINAT sukan bola sepak negara khususnya di Selangor pasti ingin melihat pasukan Selangor FA atau Red Giants dapat menumpaskan Perak dengan mempamerkan corak permainan pantas dan agresif. : KitaReporters

Kredit foto: faselangor.my


Kredit foto:  scoreboard.com


Pada Sabtu, 7 Mac 2020, malam nanti, aksi kedua Selangor dalam Liga Super Malaysia membawa misi gempur dan menang bakal diterjemahkan melalui barisan penyerang lama dan baharu seperti Rufino Segovia, Sandro, Ifedayo Olusegun, Sean Eugene Selvaraj, Azizul Baharuddin dan Khyril Muhymeen.

Untuk rekod, Selangor telah berjaya menumpaskan Pahang 2-1 melalui jaringan Olusegun minit ke-27 dan Brendan Gan minit ke-89 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada Sabtu 29 Februari 2020.

Manakala Pahang memperolehi gol seawal minit ke-20 oleh pemain import, Ivan Carlos.

Ketika ini, Selangor menduduki tangga ketiga dalam carta Liga Super 2020 selepas Perak dan Melaka United (MU).

Selangor pernah memenangi juara Liga Super sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan 2010 berbanding Pahang hanya sekali pada 2004. - KitaReporters

PERSONALITI : BARISAN PENYERANG SELANGOR FA ATAU RED GIANTS

Infografik oleh Mohd Amil Abdullah Saiby






0
1
0
0
0

Copy Link: