CAPRICE: BIKIN PANAS, BUAT SIBUK, CAKAP BENAR?
Published byPERASAN tak kalau ada saja isu panas, salah seorang yang akan tampil memberi pandangannya, tak lain dan tak bukan adalah Caprice atau nama sebenarnya, Azri Ramli, 32. Pada yang tidak mengenali Caprice, mesti akan berkata, sibuklah mamat ni, semua isu nak komen. Nak publisiti murahan la tu! : KitaReporters.com
SERINGKALI pandangan yang diberi Caprice dalam media sosial atas permintaan netizen. - Kredit foto: Zaman
Cup!! Tak baik mengata Caprice tanpa mengetahui cerita sebenar. Hah! Tak pasal-pasal dapat dosa.
Untuk isu Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berpakaian wanita ketika di Tanah Suci, Caprice sudah memuat naik empat video, menyuarakan pandangannya.
“Banyak
video saya yang keluar dalam sosial media, adalah atas permintaan netizen.
Selalunya, mereka akan DM (direct message) minta saya memberi komen.
“Sebelum
memberi pandangan peribadi, saya akan baca dulu seberapa banyak sumber dan
kemudian barulah saya beri pandangan tentang isu berkenaan.
“Macam isu Sajat, saya ada minta netizen supaya berhenti memberi komen kerana keterlaluan sangat.
"Sampai pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pun terlibat, jadi biarlah pihak berkuasa yang buat kerja mereka.
“Ustaz dah beri nasihat, mutawif dah bercakap, saya pun dah membawang dan netizen pun dah memberi komen.
"Apa lagi nak dikata. Jujurnya saya rasa semua ini berlaku bukan saja ujian kepada Sajat tapi juga ujian kepada kita rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam.
“Allah nak tengok apa reaksi kita bila perkara ini berlaku. Adakah kita lagi kejam atau adakah kita akan rapatkan saf antara ummah atau perkara ini membuatkan kita lagi berpisah jauh dan memberi kesan buruk kepada ummah,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Nusa Fest, di Kuala Lumpur, pada 5 Februari 2020.
Beliau
berharap pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan Islam di negara ini
mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya.
Tak back up MK, salah tetap salah
Menurut Caprice, beliau tidak pernah membela MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 24, biarpun rapper dari kumpulan K-Clique adalah rakan baiknya.
Katanya,
orang ramai menjadi salah faham kerana tidak menonton video yang dimuat naiknya
hingga habis.
“MK cakap pasal ‘langgar’ hukum, itu memang salah. Semua orang kecam dia sebab hukum Allah mana boleh langgar.
"Sebagai abang, saya beritahu, bro awak ada ramai pengikut muda, awak tak boleh kata perkataan langgar.
“Saya kata saya dengar dia sebut perkataan langgar dan minta dia mohon maaf.
"Dalam video saya, dia ada minta maaf kerana menggunakan perkataan langgar. Ya, dia minta maaf sebab kenyataan langgar itu.
“Untuk dia buka rantai dan tidak memakai lagi, itu terpulang pada dia untuk mendapat hidayah.
"Memang dia kata, I’m sorry for my statement, itu tak bermakna dia akan menanggal rantai di lehernya. Cuba anda minta mana-mana artis rap atau rocker yang pakai rantai supaya membuka rantai tersebut,” katanya memperbetulkan salah faham orang ramai.
Bercerita
lanjut, Caprice memberitahu beliau faham situasi MK kerana dulu, beliau juga
memakai rantai sebagai aksesori penyanyi rap.
“Saya ada rantai silver (perak), lepas umrah (empat minggu lalu, beliau balik umrah) saya buka semuanya.
"Begitu juga dengan jam Rolex emas pun saya dah tak pakai. Untuk makluman, saya memang tak back up MK dalam video tu.
“Bagi saya, salah tetap salah. Tapi kita mesti faham, dia mohon maaf atas kekhilafan kenyataan. Dia buat dosa tu, semua orang pun buat dosa.
"Terpulang kepada hidayah dia dapat atau tak bergantung kepada dia kerana hal hidayah ini milik Allah.
“Perkara itu
kita tak boleh bahas, hanya kerana dia mohon maaf atas kekhilafan kenyataan tak
bermakna kita boleh paksa dia untuk buka rantai. Tugas saya adalah memastikan
adik saya memohon maaf.
“Saya buat video dan kami mohon maaf. Lepas tu ada orang kata saya membela MK pula.
"Tidak!. Kalau saya bela MK, saya tak akan suruh dia minta maaf,” katanya.
TIDAK membela MK kerana bagi Caprice, yang salah tetap salah.
Tambahnya,
tidak mudah untuk meminta MK membuat permohonan maaf, tapi selepas berbual
selama 45 minit, pemuda itu bersedia untuk mohon maaf.
“Cubalah minta sesiapa untuk suruh MK minta maaf, memang susah.
"Tapi saya berjaya buat dia memohon maaf. Kami ada berbual panjang, kira-kira 45 minit, selepas saya baca berita itu.
“Bila saya
melihat MK, saya lihat Caprice waktu muda. Caprice zaman lagu Chikaro, astaghfirullah
al’azim. Bila saya kata, saya mengambil masa selama 10 tahun untuk berubah,
saya memang bersikap jujur.
“Saya bagi MK tempoh lima tahun untuk buka rantai, tapi orang salah faham. Mereka ingat saya back-up dia,” kata Caprice yang berkongsi pengalamannya sebagai anak seni dengan MK. - KitaReporter.com