DARI SIBU KE JERTIH!! MENCARI RESEPI KEJAYAAN
Published byPROGRAM Lawatan Integrasi Nasional Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan dan menjalin sosiobudaya rakyat negeri terbabit. : KitaReporters
Rombongan KRT dari Sibu, Sarawak bertemu KRT Bandar Jertih menerusi Program Lawatan IntegrasiJabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh negara memperkenalkan program itu dengan mengadakan pertukaran lawatan bagi memberi peluang kepada ahli dan pemimpin komuniti menyertai lawatan ke negeri pilihan masing-masing.
KRT Bandar Jertih, Terengganu, menjadi pilihan kepada KRT Nangka Bandung dan Abang Barieng di Sibu, Sarawak, mengadakan lawatan integrasi bagi meningkatkan semangat perpaduan dan kejiranan antara dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) terbabit.
Program sehari yang disertai 40 peserta termasuk seorang pegawai pengiring dari JPNIN Sibu itu memilih KRT Bandar Jertih kerana mempunyai pelbagai keintimewaan yang boleh dicontohi oleh KRT terbabit.
Kelebihan
KRT Bandar Jertih yang berusia 35 tahun dan antara KRT tertua di Malaysia,
menjadi pilihan banyak KRT dari luar Terengganu kerana ingin mengetahui lebih
lanjut kejayaan KRT itu yang mampu bertahan lama sehingga sekarang.
Ditubuhkan
pada Januari 1985 pelbagai kejayaan dan anugerah diterima sepanjang tempoh usia
berkenaan yang jarang dimiliki NGO lain di negara ini.
Pengerusi
KRT Nangka Bandung, Drahman Mahmod berkata, rombongan beliau amat beruntung kerana dapat mengenali Jawatankuasa KRT Bandar Jertih yang mempunyai status jawatankuasa
pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan Pakistan.
Katanya,
komposisi pelbagai kaum itu jarang ada di KRT lain dan sebab itu beliau memilih
untuk berkunjung ke KRT terbabit disebabkan keunikannya selain ia KRT paling
lama di Terengganu.
Rombongan KRT Sibu, Sarawak menikmati jamuan makanan tradisional Terengganu di KRT Bandar Jertih
“Saya amat kagum dan teruja dengan taklimat yang diberikan, malah melihat sendiri slide yang dipaparkan yang banyak menonjol kejayaan dicapai,” katanya.
Beliau
berkata, kami sempat beramah mesra dengan Jawatankuasa dan kepemimpinan KRT
berkenaan sambil bertanyakan resipi kejayaannya dapat bertahan begitu lama.
Drahman
berkata, lawatan integrasi yang dianjurkan itu dapat memberi banyak manfaat dan
pengalaman berguna kepada ahli kerana mengetahui sendiri cara-cara pengurusan NGO yang boleh dijadikan
panduan.
Katanya, selain
Terengganu, rombongan beliau juga turut melawat Kelantan dan Selangor untuk
mendedahkan ahli dengan aktiviti kemasyarakatan dan perpaduan.
Peserta lawatan mendengar taklimat mengenai kemajuan KRT Bandar Jertih
“Sepanjang tempoh lawatan seminggu ke Semenanjung, ahli rombongan dapat mengenali budaya hidup yang diamalkan di negeri berkenaan dan satu pengalaman yang amat berguna,” katanya.
Katanya, paling menarik menerusi lawatan itu walaupun mereka datang dari jauh di Sibu tetapi dapat juga bertemu rakan lama di Jertih.
Sementara itu, Setiausaha KRT Bandar Jertih, Abd Aziz Hasan berkata, pihaknya sering menerima tetamu terutama dari KRT seluruh negara yang datang untuk melihat sendiri kejayaan kami mengurus NGO paling lama sehingga sekarang. - KitaReporters