KEPOH!! ANAK BECKHAM 'GATAL' KAHWIN MUDA
Published bySIAPA tak kenal Victoria penyanyi kumpulan Spice Girl dan David Beckham pemain bola sepak terkemuka England yang kini sedang kecoh melayan angin anak sulung mereka, Brooklyn yang mahu mengikut jejak langkah mereka, berkahwin pada usia muda. : KitaReporters
Brooklyn memadu asmara dengan aktres Nicola. - Gambar Brooklyn Instagram
Brooklyn, 20, yang mencipta nama sebagai model dan jurugambar mahu memulakan kehidupan berumah tangga dengan seorang aktres yang juga pewaris keluarga bilioner dari Amerika Syarikat, Nicola Peltz.
Baru saja mendapat 'kunci' kebebasan, Brooklyn yang baru saja diraikan dalam majlis hari jadi yang menelan belanja £100,000, dikhabarkan sedang hangat dilamun cinta, sekali gus membuatkan ibu bapanya pening kepala dan berbelah bagi.
Bapanya, David memikirkan usia anak sangat muda dan perlu sedikit lagi masa untuk membina kerjaya.
Tetapi Victoria pula sangat teruja dengan pilihan hati anaknya kerana bakal menantunya memenuhi segala syarat yang menjadi impiannya.
Gadis yang cantik, terpelajar, budiman, bercita-cita tinggi, sopan santun dan pewaris bilioner.
Brooklyn dan Nicola. - Gambar Brooklyn Instagram.
Akhbar Mirror melaporkan pasangan yang bagaikan Romeo-Juliet itu sudah tidak boleh berenggang langsung dan Brooklyn dikatakan akan membuat lamaran itu pada bila-bila masa saja.
Victoria pula suka dan merestui sepenuhnya hajat anaknya itu, maka mudahlah anak muda itu menikahi Nicola.
Jika benarkan perkahwinan itu berlangsung, Brooklyn akan mengikut jejak langkah ibu bapanya berkahwin pada usia muda.
David Beckham mengorat Victoria ketika berusia 22 tahun dan David, 23 tahun. Mereka bertunang selama enam bulan saja sebelum mendirikan rumah tangga kekal hingga sekarang.
David-Victoria berusaha bahagiakan Brooklyn.
Brooklyn yang memiliki aset $1 juta (RM4.4juta) seorang model dan jurugambar yang sedang meningkat naik namanya sangat berhajat untuk menjadi suami.
Dia secara terbuka menunjukkan kemesraan dengan kekasihnya.
David pula bimbang dengan kelakuan anak jantannya sambil berharap Brooklyn dapat bertahan setahun lagi untuk memastikan kerjayanya stabil sebelum mendirikan rumah tangga.
Victoria pula yang teruja mendapat tahu anak sulungnya sudah menemui pasangan secocok ditambah pula impiannya selama ini adalah untuk mencari bakal menantu orang kaya raya - keluarga besan mempunyai rangkaian kenalan orang-orang ternama.
Ia ternyata memang menepati cita rasa dia dan anaknya.
Keluarga Beckham.... Gambar majalah Hello.
Bekas kekasih Brooklyn sebelum ini seorang model dan pasangan itu kemudian berpisah selepas memadu asrama selama sembilan bulan.
Victora, 44 dan David, 45, mempunyai tiga lagi anak, Romeo James, Cruz David dan anak perempuan tunggal Harper Seven Beckham. Mereka memiliki harta hampir $1 billion.
Salah seorang anak mereka, Cruz seorang penyanyi muda yang dilahirkan ketika keluarga itu tinggal di Sepanyol memiliki harta beratus juta sejak usia muda.
Cruz memiliki 1.5 pengikut dalam Instagram dan asetnya saja dikatakan bernilai $114 juta. Dia mula menjadi bintang Instagram ketika usia 14 tahun.
David-Victoria Beckham memiliki aset $1 billion.
Akhbar Metro Entertainment turut melaporkan Brooklyn kelihatan bersaja mengalas beg tangan kekasih di bahunya dan mereka kelihatan sangat bahagia memegang tangan sambil bersiar-siar selepas meninggalkan pentas pertunjukan fesyen di kota raya Paris pada 27 Februari 2020.
Majalah Heat di London pula melaporkan Victoria pula sedang berura-ura untuk merancang perkahwinan anaknya dalam suasana gilang gemilang.
Sementara itu, pasangan David-Victoria dikatakan membelanjakan 100,000 pound untuk meraikan hari jadi Brooklyn yang ke-21 tahun di kediaman mereka di Estet Cotswolds, yang turut serta ramai artis termasuk Elton John. - KitaReporters