SETELAH tujuh tahun bersama menjalinkan keakraban, selebriti popular, Neelofa, 30, dan Nabil Ahmad akhirnya terpaksa berpisah. : KitaReporters.com


Perpisahan mereka disaksikan dalam program MeleTOP pada Selasa (3/12/20119) lalu. Bagaimanapun program terakhir Neelofa dalam MeleTOP adalah pada 31 Disember ini.

Neelofa dan Nabil digandingkan sebagai hos sejak 30 Oktober 2012 dan berakhir dalam episod ke-370. MeleTOP yang disiar oleh Astro Ria menjadi salah satu program bual bicara (talkshow) paling popular di negara ini. 

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor memberi alasan pengundurannya bagi membabitkan diri dalam bidang perniagaan secara lebih serius. Dia kini sudah berjaya menjadi seorang usahawan. 

Pada Mac 2017, Neelofa menjadi penghias majalah Forbe Asia dan dinyatakan sebagai antara ahli perniagaan generasi baru yang paling berjaya di Asia.


Kejayaan Neelofa menjuarai pertandingan ratu Dewi Remaja 2009 memulakan langkahnya dalam bidang seni. Nama Neelofa cukup komersial. Namanya sudah cukup dijadikan jenama produk. 

Pada masa depan, Neelofa akan dikenali bukan sebagai pembawa acara atau pelakon, sebaliknya  sebagainya sebagai ahli perniagaan. Tidak terkejut tidak lama lagi akan dikenali sebagai Datuk Neelofa.

Timbul tanda tanya, siapakah pasangan hidupnya? Dalam usia sudah 30 tahun sudah tiba masa untuk dia berumah tangga. Cuma siapa lelaki yang dapat mencuri hatinya? - KitaReporters.com


2
0
0
0
0

Copy Link: