KONGSI MINDA BERSIH JIWA: SUSAH DAHULU SENANG KEMUDIAN

Published by
KitaReporters
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa.

Susah dahulu

Senang kemudian

Masa merubah segala.

Siapa kata hidup itu mudah!

Berani hadapi ujian dan cabaran, hidup akan jadi mudah dan bahagia.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk mengingati masa lalunya yang berwarna warni sebagai ingatan yang satu masa dia pernah susah.

Segala perkara yang berlaku pada masa lalu adalah sumber hikmah yang menyediakan waktu untuk kita membaiki diri dan menjadi lebih baik setiap hari serta melakukan ibadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Masa susah kita menangis

Kita merungut dan putus asa

Tapi kenapa bila senang kita lupa diri

Kita jadi riak dan sombong

Kita lupa menjenguk ke bawah

Setelah berada di puncak.

Tidak ke manapun harta tinggi melangit, duit bekepuk jika tidak diguna dan dikongsi sesama manusia.

Ingat masa kita susah kerana itulah perjuangan hidup sebenarnya. Siapa yang ada dengan kita.

Susah juga menguji keteguhan iman kita.

Tanpa iman, manusia hilang pedoman dan hala tuju.

Kesusahan itu mendidik kita menjadi berani, cekal dan sabar serta menghargai masa yang ada. Masa yang akan nenentukan hidup seterusnya. Masa yang merubah segalanya.

Ingatlah..

Masa berlalu, manusia berubah.

Usaha, doa dan tawakal.

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai oleh mereka adalah disebabkan cara mereka berfikir.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya, mahu atau tidak mereka mesti menempuh sekurang-kurangnya satu kegagalan. Yang penting jangan menjadi lemah.

Guna akal untuk memudahkan perjalanan yang susah dalam meneroka kehidupan. Bukan ikut hati. Bukan ikut orang. Ikut perintah Allah.

❤️🌹 Buat kerana Allah, InsyaAllah barokah ❤️🌹

1
0
0
0
0

Copy Link: