HATI-HATI, ANDA MUNGKIN JADI MANGSA SKODENG!!

Published by
KitaReporters
SERING kali kita dengar di luar negara pasti ada banyak kes skodeng yang berlaku di hotel dan juga tandas-tandas awam dengan pelbagai cara yang diletakkan di tandas ataupun bilik penginapan hotel. Kini, anda jangan terkejut kerana anda juga sedang diperhatikan semasa menggunakan tandas di Malaysia. : KitaReporters


Untuk wanita di luar sana, anda perlu berhati-hati semasa menggunakan tandas awam kerana terdapat banyak peralatan rakaman kamera yang tersembunyi.

Apa yang lebih mengejutkan, kamera ini akan merakamkan video anda dalam Telegram untuk menjadi tontonan ramai dengan bayaran ahli RM100 seumur hidup.

Ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna @sueannajoe dalam akaun Twitternya. 

Beliau telah berkongsikan kepada semua netizen bagaimana untuk mengetahui kamera tersembunyi ini disembunyikan.

Jika anda ke tandas, terdapat beberapa kamera tersembunyi dalam sesuatu objek seperti tempat penggantung pakaian, skru, plug, pewangi, berus sabut dan sebagainya. 





Kepada semua, terutama wanita, berhati-hatilah.

Bukan itu sahaja, beliau juga berkongsikan kamera ini ditanam di dalam simen tanah bertujuan untuk mengintai.

Ingat, sebelum menggunakan tandas, pastikan tiada kamera tersembunyi yang akan merakamkan anda ketika sedang melepaskan hajat. - KitaReporters

1
0
3
1
0

Copy Link: