TOLONG AKU!! ISTERIKU GILA SHOPPING ONLINE
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters
Menulis Dari Jiwa... Renungan
Duit saya, suka hati sayalah...
Sama-sama beringat. Tegur menegur. Pesan memesan. Agar tidak menyesal.
Beli sampai tepuk dahi. Boros jualan online. Sampai depan rumah.
Trending di dunia. Di sana bagaimana?
Perkongsian hari ini.
Mudahnya hidup hari ini. Semua di hujung jari. Petik dapat, petik sampai. Seronok bila hajat tercapai.
Tapi kita lupa, ia boleh makan diri.
Seperti kisah hari ini, luahan seorang suami bernama Azim mengenai sikap isteri yang boros membeli dalam talian.
Pantang lihat, semua teringin. Semua rembat. Berbelanja tak ingat dunia.
Periok belanga, pinggan mangkok, bersusun kotak yang belum diguna tapi masih hendak dibeli bila ada tawaran dalam talian.
Sanggup menghadap TV dengan telefon pada tangan bersiap siaga nak tempah.
Ini antara sikap wanita yang susah lelaki hendak faham, kata Azim membuka kata.
Bila ditegur melenting, tak tegur menjadi-jadi.
Lupa komitmen. Bila dapat gaji, tengok jualan dalam talian dahulu. Bukan nak kira hutang wajib yang perlu dibayar.
Tempah, bayar dan tunggu. Itu yang mereka dahulukan.
Sudahnya belum setengah bulan, duit dah habis. Mulalah pujuk rayu kita.
Trend beli dalam talian menjadi pilihan ramai untuk membeli-belah... Sebab mudah, tak payah hendak berebut, beratur dan sebagainya.
Barang sampai depan rumah. Selain murah, cantik dan berkualiti katanya!
Ada sesetengah tu, selang sehari posmen atau wakil penjual hantar barang. Ada saja yang dibeli.
Jiran pun dah faham. Senyum-senyum penuh makna. Kita sebagai suami yang segan.
Itu belum masuk yang ditempah di pejabat. Yang melayan keinginan mak, adik beradik dan kawan.
Memang tak salahpun, tapi bila berlebihan ia jadi ketagihan. Mana duit tak habis!
Orang perempuan susah hendak dikawal kalau itu yang mereka suka. Cakap banyak kata Azim, boleh cetus peperangan dan mula mengungkit.
Pada hal kita nasihat. Berjimat, kawal nafsu. Beli yang perlu, bukan yang kita mahu.
Tapi nampaknya payah bila mereka ada income sendiri.
"Duit saya, suka sayalah..."
Tak mahu gaduh, suami zip mulut, kata Azim.
Iktibar dari kisah ini.
Jangan ikut nafsu, ikut hati. Guna akal, fikir.
Berpadalah membeli, jangan sampai membazir. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemahuan.
Jangan juga ikut kawan.
Usah berlawan tempah barang dalam talian. Nak tunjuk siapa paling banyak menempah.
Hendak tunjuk beg tangan baharu, baju, alat solek dan sebagainya yang berjenama. Tak bawa ke manapun.
Cukup-cukuplah apa yang ada. Jangan tamak haloba.
Yang ini win!
Dengar cakap suami. Dahulukan yang penting dalam hidup.
Yang tak boleh tempah dalam talian. Perlu ditempah dengan iman. Nikmat, syukur dan sabar.
Insya-Allah, rezeki melimpah ruah.
❤️🌹 Jangan mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan kerana kadangkala hujan belum tentu turun. ❤️🌹 - KitaReporters.com