KALAU dulu untuk ukur siapa "wedding of the year" ialah gaun perkahwinan siapa paling unik, cantik bak puteri kayangan. : KitaReporters.com

Kredit foto: https://www.mediahiburan.my/


Antara yang hangat diperkatakan dan diingati adalah gaun perkahwinan artis jelita, Anzalna Nasir yang mengenakan gaun rekaan Teuku Putra Aziz, pemilik butik Cosry.

Gaun pengantin yang diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa itu telah menjadi viral dalam laman sosial dan mendapat perhatian masyarakat termasuk luar negara.

Begitu juga gaun rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan artis cantik, Izara Aishah berwarna silver bercirikan moden kontemporari dengan rekaan ”cape” turut menjadi perbualan warganet.

Kredit foto: IG https://www.instagram.com/lilylolacakes/


Bagaimanapun tahun 2020, kek perkahwinan aneh pula mengambil tempat untuk menjadi tular dan diingati netizen seluruh dunia.

Kek chandelier impian pembuat kek, Lily & Lola Cakes menjadi kenyataan pada majlis perkahwinan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim pada Jumaat, 21 Februari 2020.

"Idea untuk melengkapkan impian penghasilan kek ini mengambil masa tiga tahun dan sentuhan terakhir diberikan pada saat akhir sebelum majlis," tulis pereka itu dalam Instagram.

Menerusi status sama, Lily & Lola Cakes berkata, pengantin perempuan langsung tidak menyedari kewujudan kek unik itu sebelum sesi memotong kek berlangsung.

"Pengantin perempuan tak sedar akan kewujudan kek itu yang tergantung di bahagian siling sepanjang majlis berlangsung. 

"Ia umpama satu magis apabila diturunkan untuk sesi memotong kek," tulisnya.

Kek unik berperisa vanila itu dihasilkan tujuh tingkat secara menurun dari bahagian terbesar berada di tingkat paling atas, manakala bahagian paling kecil.

Rata-rata netizen memberi komen lucu terhadap keunikan kek itu, antaranya jika Isaac Newton akan tercengang jika melihat kek itu kerana melawan arus graviti.

Malah ada yang berseloroh mahu membuat kek halimunan supaya tiada siapa yang dapat makan.

Sebelum ini ramai memperkatakan mengenai kek kahwin 9 tingkat Kak Lina Pom Pom yang menguja peminat. 

Kemudian kita ada "kek terbalik" atau "kek chandelier".

Selepas ini kek kahwin siapa pula akan jadi viral? Ada kek terbang tak? - KitaReporters.com



5
5
1
1
0

Copy Link: