NAK BADAN LANGSING, BIBIR MONGEL? CUBA NI..
Published by“SAYA tidak mudah nak percayakan sebarang produk tetapi disebabkan oleh pasangan pembuatnya doktor bertauliah, saya yakin dengan produk yang mereka hasilkan,” ujar pengacara dan usahawan terkenal, Dato AC Mizal. : KitaReporters.com
Dari kiri: Dr. Aidil, Dr. Fadzlina, Emylia dan AC Mizal di majlis pelancaran produk Idealyst Biocare di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2020.
Pasangan pakar estetik yang dimaksudkan adalah rakan kongsi mereka, Dr Aidil Azry Dato Mokhtar dan isterinya, Dr Fadzlina Md Mohtar, yang telah mengasaskan beberapa rangkaian produk penjagaan kecantikan di bawah jenama Idealyst Biocare.
Berkongsi cerita bagaimana beliau dan isteri, Datin Emylia Rosnaida bersetuju memegang jawatan penting sebagai Pengerusi dan Pengarah Idealyst Biocare Sdn Bhd., AC berkata, “apabila sesuatu produk itu dihasilkan oleh doktor sendiri, sudah pasti mereka tahu apa kandungan terbaik untuk tubuh badan.”
“Saya sendiri telah cuba produk terbaharu yang dihasilkan mereka seperti set pelangsingan Wonder Trim dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 2 kilogram, “ tambah AC Mizal pada majlis pelancaran dua produk terbaharu Idealyst Biocare di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Rabu, 12 Februari 2020.
Antara rakan selebriti yang turut hadir menyokong majlis pelancaran ialah penyanyi Datuk Zainal Abidin serta Iqram Dinzly yang kini nampak sihat serta ceria.
Antara tetamu yang hadir termasuk penyanyi Zainal Abidin (gambar atas, kanan) dan pelakon Iqram Dinzly (tengah) bergambar bersama AC Mizal. - Kredit Foto: IG Official Dato AC Mizal
Menurutnya, kesan kepada pengambilan bergantung kepada kondisi badan masing-masing, waima ada yang mampu menurunkan berat badan sehingga 2 kilogram dalam sehari.
Selain Wonder Trim, Idealyst Biocare turut melancarkan K1ss Lipmatte yang diformulasikan dari cetusan idea Emylia bersama Dr Fadzlina.
Wonder Trim diperbuat dari bahan-bahan semula jadi yang selamat yang mampu memotong nafsu makan, menyekat karbohidrat, gula, kolesterol dan lemak, sekali gus memberi tenaga.
Dihasilkan dalam perisa mangga, istimewanya mengenai makanan tambahan ini ia mampu membuatkan pengguna berasa kenyang tanpa perlu berlapar semata-mata untuk memiliki bentuk badan idaman.
“Saya juga turun 4 kilogram sejak mengambilnya dan yang paling bagus pengambilan produk ini tidak mendatangkan kesan sampingan,” ujar Emylia menyokong pendapat suaminya, AC.
Baru enam bulan dalam pasaran, Wonder Trim diformulasi melalui bahan-bahan yang selamat menjadi antara makanan tambahan yang boleh difikirkan jika berniat mahu langsing.
“Ia mampu menyekat karbohidrat, gula, kolestrol dan lemak yang selama ini menjadi intipati makanan seharian dalam membolehkan setiap daripada kita menikmati makanan tanpa rasa bersalah,” jelas Dr. Aidil.
Berkaitan produk kedua, K1ss Lipmatte, ia pula ia bukan sekadar gincu bibir biasa tetapi mempunyai khasiat perlindungan seraya menyihatkan bibir.
“Jika ada yang mahukan bibir tebal dan mongel macam Kim Kardashian boleh menggunakan K1ss Lipmatte memandangkan antara bahan utama yang terkandung di dalamnya adalah ekstrak Bee Venom di samping Argan Oil, Vitamin C, Kolagen, Vitamin E dan Titanium Dioxide Spf 50,” tambah Emylia.
Mempunyai lima warna pilihan pesona, K1iss Lipmatte dijual pada harga RM39.90, sementara Wonder Trim berharga RM150 sekotak.
Lima warna K1ss Lipmatte yang boleh dipilih. - Foto: Fas.
Sementara itu, AC memberitahu, pihak syarikat masih membuka 9 lagi peluang untuk mereka yang berminat menjadi pengedar negeri utuk K1ss Lipmatte dengan modal RM3,000.
"Untuk Wonder Trim, kami sudah pun mencapai kuota seramai 14 pengedar negeri dan tidak membuka permohonan untuk ejen atau stokis melainkan yang berminat harus berurusan dengan pengedar negeri masing-masing," tambah AC sambil memberitahu setiap pengedar negeri yang dilantik telah melabur sebanyak RM10,000 untuk memperoleh 133 kotak produk pelangsingan itu.
Dan sebagai pelan jangka panjang, Idealyst Biocare merancang menghasilkan beberapa lagi produk kesihatan dan kecantikan klinikal yang selamat untuk digunakan.
"Saya percaya dengan kepakaran rakan kongsi sebagai doktor bertauliah mereka akan mencari formula-formula terbaik untuk menghasilkan produk dan mungkin selepas ini mereka boleh mengeluarkan produk untuk membantu penyakit tiga serangkai," akhiri AC Mizal. - KitaReporters.com