JANGAN SUKA FITNAH ORANG, ALLAH BAYAR CASH!!
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters
Renungan.
Saat disakiti, jangan terasa hati
Senyum dan berbaik sangka
Pujuk hati.
Tenangkan jiwa
Lapangkan minda
Layan rasa
Apa perasaan kita kalau terasa hati dengan seseorang? Menangis atau serang orang berkenaan?
Jangan buat kerja bodoh...
Sabar dan bertenang. Jom kita share kisah ini yang diceritakan oleh Ika.
Kata Ika kalau kita sabar dengan kerenah orang, insya-Allah semua akan selamat. Jangan berburuk sangka dengan orang.
Menurut Ika, dia pernah difitnah oleh rakan sekerja bernama Zu.
Bertahun-tahun makan hati. Layan apa sahaja dia kata. Tahan aib setiap kali dia buka mulut.
Rakan-rakan simpati dengan Ika. Tapi tak boleh buat apa. Si Zu ni makin ditegur makin menjadi.
Salah orang nampak, salah sendiri tutup mata.
Sampailah satu hari dia ditangkap khalwat dengan suami orang. Terduduk dia malu. Mula difitnahnya Ika, akhirnya terkena diri sendiri.
Cepatnya balasan Allah.
Insaflah!
Itulah dalam hidup ini jangan nampak salah orang sahaja....
Iktibar dari kisah ini
Cermin diri, baiki kelemahan kita
Jangan rasa kita hebat
Kita semua tidak sempurna.
Jauhi perkara yang boleh menjebakkan diri kita terlibat dengan fitnah yang mendatangkan dosa besar dan kemurkaan Allah SWT.
Bahkan tidak keterluan jika dikatakan sifat fitnah semakin membarah dalam dunia serba moden dalam pelbagai kemudahan seperti media sosial dan teknologi terkini.
Jadi berhati hati, jangan termasuk dalam golongan ini.
Jadilah hamba Allah yang bersih hati, bersih jiwa.
Yang menjaga lidah dan perbuatan
Yang ikhlas berkawan
Yang tahu dosa pahala.
Yang ingat kepada Allah.
❤️🌹 Kesabaran buat kita tenang. Buat kita kuat. Kerana dalam hidup, reda dan positif itu petunjuk kebahagiaan. ❤️🌹 - KitaReporters