KEMBARA 9,656KM UNTUK MAKAN NASI LEMAK
Published by
Sebut sahaja nasi lemak, pasti semua mengenalinya bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas pasti tahu keenakan nasi lemak menjadi salah satu menu kegemaran semua orang. Menu itu kini bukan sahaja menjadi kegilaan rakyat Malaysia, malah, menjadi kegilaan ‘orang luar’ yang pernah merasainya. : KitaReporters.com
Tidak
percaya? Ini buktinya apabila seorang seorang pemuda dari Leeds, United Kingdom sanggup
mengembara sejauh 9,656 kilometer demi sepinggan hidangan nasi lemak baru-baru
ini.
Darren Cronian, 45, yang mempunyai saluran YouTube yang terkenal dengan nama Remote Darren baru-baru ini berkongsi kisah pengembaraannya yang luar biasa semata-mata kerana ‘mengidam’ hidangan nasi lemak.
Malah pemuda
yang juga seorang blogger itu menyifatkan gabungan semua bahan dalam nasi lemak sebagai
‘bunga api di dalam mulut’, sekali gus membuktikan kelazatan menu kebangsaan
Malaysia itu.
Akui Cronian,
keinginan untuk menikmati hidangan nasi lemak itu bermula selepas melihat
sekeping gambar nasi lemak melalui paparan Instagram miliknya.
“Sejak itu
saya terus terbayang keenakan hidangan tersebut yang
pernah dirasai lima tahun lalu” ujarnya.
Dia yang
ketika itu berada di Greece cuba memujuk hatinya dengan mencari hidangan di
kawasan berkenaan namun hampa kerana tidak menemui.
Lebih mengejutkan
apabila Cronian sanggup mengubah perancangan percutian tersebut dan melencong
ke Malaysia.
“Saya pasti
sudah gila. Tetapi, saya perlukan nasi lemak,” ujarnya yang sanggup membeli
tiket dari Athens ke Singapura sebelum tiba ke Kuala Lumpur.
Selepas
melalui perjalanan yang lama dari Athen itu akhirnya membuatkan Cronian berjaya
menjamah hidangan nasi lemak yang dirinduinya.
Biarpun
masih kepenatan kerana terlalu lama di dalam pesawat namun dia tetap meneruskan
misi dan menjadikan nasi lemak sebagai hidangan makan malamnya, pada 10 November
lepas.
Berkongsi cerita
lelaki kelahiran Leeds itu menyatakan dia pernah menjamah nasi lemak lima tahun
lalu.
Malah ketika
berkongsi keenakan hidangan nasi lemak yang disiarkan melalui saluran YouTube
miliknya, berkongsi rasa kenenakan hidangan tersebut.
“Anda perlu merasa nasi lemak apabila sampai ke Malaysia. Tanpa ragu-ragu,” katanya.
Ternyata,
pengembaraan yang mengambil masa kira-kira 20 jam dan memakan beribu-ribu
kilometer itu membuatkan ramai pengguna Internet berasa tidak percaya.
“Saya faham.
Saya juga akan mengembara sebanyak 9,656 kilometer untuk nasi lemak juga!” kongsinya.
Malah sehingga
entri ini dihasilkan, kiriman video ini telah mendapat lebih 150,995 tontonan
dan 3,900 yang menyukai.