MAK MAH BUAT BANYAK KERJA, DEMI SESUAP NASI
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com
Menulis Dari Jiwa... Renungan.
Nilai-nilai hidup. Rajin, amanah. Berdisiplin dan bertanggungjawab
Mencari rezeki halal. Tak kira kerja apa. Buat menampung hidup. Menyambung sesuap nasi
Seperti kisah Mak Mah, 63 tahun yang mengambil upah buat kerja sambilan menggosok baju, lipat baju dan pembantu kedai runcit.
Banyak kan kerja mak Mah?
Tapi mak Mah steady sahaja, selalu senyum dan rajin bekerja, kata Sofia yang kenal rapat dengan Mak Mah. Sofia juga pelanggan tetap Mak Mah. Dah macam keluarga.
Jangan tanya tentang keluarga, pantang Mak Mah. Mak Mah tak mahu ingat masa silam. Yang di hadapan penting, katanya.
Dengan mengayuh basikal setiap hari Mak Mah bergerak untuk melakukan tugasnya seawal 7 pagi. Kedai runcit berdekatan rumah jadi destinasi.
Kerja mak Mak Mah susun sayur yang baharu sampai, kemas dan sapu sampah, bersih apa patut. Ia mengambil masa 3 jam.
Selesai Mak Mah ke rumah pelanggan untuk gosok dan lipat baju. Dapatlah 3 rumah sehari.
Penat Mak Mah singgah surau atau masjid dan solat. Sampai rumah dalam 5 petang...
Itulah tugas Mak Mah setiap hari. Bayangkan bagaimana rajin dan gigihnya mak Mah, kata Sofia.
Dikira dalam sebulan dapatlah mak Mah rezeki dalam dua ribu lebih. Alhamdulillah.
Sanggupkah kita buat seperti mak Mah?
Apapun semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Mak Mah, dimurahkan rezeki dan berbahagia hidup dunia akhirat.
Terima kasih Sofia kongsi cerita ini. Semoga jadi inspirasi buat kita.
Iktibar dari kisah ini.
Rezeki Allah itu meluas. Carilah merata-rata. Jangan malas, berusaha lebih. Penat sikit takpa. Kalau nak senang kemudian.
Apabila kita bekerja cukup rajin, ikhlas dan amanah, kita akan berjaya. Sebaliknya, apabila diberi tanggungjawab, kita abaikan, tidak bekerja kuat, kita tidak mungkin berjaya.
Allah SWT mengurniakan segala nikmat yang berpanjangan kepada kita. Nikmat ini tidak akan ditunaikan jika kita tidak berusaha seperti yang disebut di dalam al-Quran.
Berdoalah!
Kerana doa itu baik kepada kita, dan isi kandungan doa itu tidak semata-mata meminta daripada Allah tetapi Allah menyeru kita berusaha mencari keberkatan di dunia dan akhirat dengan berusaha.
❤️🌹 Kalau hendakkan sagu mesti dipecah ruyungnya... Rezeki tidak datang bergolek. Mesti dicari dan cari. Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita manusia. ❤️🌹 - KitaReporters.com