SEMALAM sewaktu siaran langsung rancangan hiburan Meletop disiarkan, produksi menjemput Dr. Siti Aisah Mokhtar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menerangkan apa itu "Novel Koronavirus". : KitaReporters.com

Sumber foto Facebook Meletop


Penerangan yang diberikan oleh beliau berkenaan dengan virus tersebut sangat mudah difahami tanpa memasukkan terma-terma sains dan perubatan, yang kadangkala membuatkan mereka di luar keliru.

Penerangan-penerangan mudah seperti ini adalah perlu kerana tidak semua rakyat Malaysia tahu atau faham terma-terma sains perubatan terutama bagi mereka yang bukan dari latar belakang sains atau perubatan.

Oleh itu mari kita "berkenalan" dengan virus tersebut dan dengar penerangan dari Dr. Aisah. 

Apa yang penting hentikan penyebaran berita-berita palsu yang boleh mencetuskan panik.

Sumber video Youtube Meletop


Antara maklumat yang penting yang patut kita tahu ialah nama virus ialah 2019 Novel Koronavirus atau nCoV. 

Angka "2019" merujuk pada tahun virus itu ditemukan, "Novel" bermakna ia virus baharu dan Koronavirus ialah ia berkaitan dengan keluarga virus korona. 

Virus nCoV juga kini dirujuk sebagai virus Wuhan, bagi merujuk di mana kes pertama ditemukan.

Ada dua koronavirus yang kita kenali sebelum ini iaitu Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) atau SARS-CoV yang dikesan pada 2002 dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) atau MERS-CoV yang dikesan pada 2012.

Tahniah pihak produksi Meletop! - KitaReporters.com

8
1
0
1
0

Copy Link: