PERKONGSIAN ilmu kemahiran bukan sahaja membabitkan generasi lepasan sekolah atau Institut Latihan Kemahiran tetapi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal juga mempunyai kehebatan tersendiri. : KitaReporters


Pada Jumaat, 6 Mac 2020, seramai 19 mahasiswa dari Universiti Utara Malaysia (UUM) terdiri daripada ahli Kelab Patriot Chapter Perlis (KPCPs) berkesempatan mempelajari cara menganyam bakul, beg berkaitan kraf tangan dan menanam pokok di Rumah Transit Lavender, Kangar, Perlis yang menempatkan ibu tunggal dan OKU yang cacat penglihatan dan anggota.

Pengarah Programnya, Hazwani Abdul Halim yang ditemui berkata, pemilihan mereka untuk menjalankan projek ini adalah hasil kesempatan dan perbincangan dari semua pihak termasuk untuk merealisasikan hasrat yang dilihamkan Oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk melihat keberkesanan dalam memilih dan menjalankan program yang hendak dijalankan.

'Kami melihat dalam saranan TNC HEPA dan kerajaan selalu mengingatkan badan pelajar supaya menjalankan aktiviti yang berimpak tinggi, oleh itu kami berusaha untuk menjalankan aktiviti yang seiring dengan hasrat yang disampaikan itu,'  katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Katanya mereka ingin membawa perubahan dan menyedarkan kepada golongan mahasiswa khususnya bahawa bidang kemahiran juga harus selari dengan akademik.

Oleh itu,, pemilihan Rumah Kebajikan di Perlis ini diharap dapat membawa perubahan baru kepada kami untuk menukar senario 3K (Kelas, Kafe dan Katil) kepada 4K iaitu ditambah dengan Kemahiran.

Hazwani yakin proses pelaksanaan 4K ini dapat diterima oleh pihak Pengurusan HEP, sekali gus dapat melahirkan pelajar yang lebih mantap kerana memiliki akademik dan kemahiran.

Dalam pada itu, beberapa pelajar yang menyertai program in amat teruja dengan sifat kesabaran dan kesungguhan penghuni di situ menyara hidup sambil menyayangi antara satu sama lain.

"Kami berharap perkongsian separuh hari bersama mereka ini dapat memberi sentuhan dan kesedaran untuk lebih bersemangat dalam  menjalankan projek Yang lebih baik selepas ini," kata Mohamed Tasnim Abd Razar. - KitaReporters





6
1
0
0
0

Copy Link: