KORONAVIRUS: CHINA BAKAL KERUGIAN AS$62B
Published byCHINA dijangka mengalami kerugian berbilion-bilion dolar dari sumber pendapatan dalam industri pelancongan, kasino, hiburan dan makanan segera akibat penyebaran Koronavirus yang kini sudah membunuh lebih 305 orang dan menjangkit lebih 14,500 yang lain. : KitaReporters.com
HIdup tetap diteruskan di Wuhan. Peniaga pakai topeng bila berurusan. - Gambar Getty Image
China dilaporkan akan rugi lebih AS$62 billion (RM254 bilion) untuk suku pertama 2020 yang memerlukan satu tindakan drastik seperti mengurangkan cukai, menggalakkan rakyat berbelanja dan memotong kadar faedah untuk memastikan wabak virus tersebut tidak melumpuhkan terus ekonomi negara gergasi itu.
Pakar ekonomi dan pengamal media tidak dapat memastikan kos sebenar kadar pertumbuhan itu, tetapi sekiranya paras itu jatuh kepada dua peratus bermakna China berdepan kerugian AS$62 juta billion.
Ini tidak boleh dihadapi China yang sekarang sudah pun diambang kemelesetan sejak tiga dekad lalu.
Akhbar People Daily melaporkan, kerajaan negara itu sudah mengambil beberapa langkah susulan membantu perniagaan khususnya dalam sektor yang teruk dilanda wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) itu.
Ini termasuk meminta Bank of China membenarkan penduduk wilayah Wuhan - wilayah bermulanya virus yang juga dinamakan virus Wuhan - menangguhkan bayaran pinjaman untuk beberapa bulan berikutan kehilangan mata pencarian.
Pihak kerajaan tempatan dan wilayah tengah itu sudah menyediakan peruntukan RM12.6 juta untuk membiayai kelengkapan dan khidmat perubatan.
Industri pelancongan turut rugi berbillion-bilion sebaik saja kerajaan China menutup dan mengkurantinkan bandar utama daripada pelancong kerana bimbangkan wabak itu tersebar.
Sebahagian besar syarikat pelancongan, hotel dan penerbangan telah membayar balik wang tempahan sepanjang bulan Februari ini.
Dianggarkan 290 juta pendatang kembali menjadi setinggan. Mereka ini adalah warga dari pedalaman yang bekerja sebagai buruh kasar, pengilangan atau menjadi kuli dengan upah yang murah tapi bekerja di bidang yang penting termasuk menjadi pelayan restoran, penghantar pakej barangan atau sekadar tukang cuci.
Mereka ini akan berdepan dengan kemiskinan melampau apabila semua sektor pekerjaan masih ditutup selepas habis musim perayaan.
Lebih daripada 10 juta pendatang asing yang bekerja di Hubei berdepan dengan kemungkinan didiskriminasikan oleh majikan, yang bimbang mereka mungkin pembawa wabak.
CNN melaporkan Pakar Ekonomi China, Zhang Ming, yang juga penganalisis di Akademi Sains Sosial China, meramalkan kadar ekonomi negara itu dijangka mengucup sehingga 5 peratus sekiranya wabak itu berterusan sehingga Mac 2020.
Sebab itu, dia mencadangkan potongan cukai, kempen galakkan beli-belah, khidmat jagaan kesihatan awam dan latihan pekerjaan.
Kerajaan tempatan juga perlu menyediakan kemudahan asas dengan mengembangkan ekonomi, aktiviti dan menyediakan lebih banyak peluang kerja.
Sekiranya Bank Pusat China dapat mengurangkan cukai untuk menstabilkan ekonomi, kemungkinan besar langkah itu dapat membantu meningkatkan kadar pertumbuhan kepada 5.7 % untuk suku tahun berikutnya, walaupun ia masih kurang berbanding 6.1% pertumbuhan pada 2019.
Sehingga kini Studio Disney, Telsa, penerbangan, kasino, rangkaian hotel, makanan segera, Microsoft, Amazon, Google, Facebook dan terbaru Apple telah memutuskan penutupan sementara bagi menggelakkan kakitangannya terkena jangkitan.
Dari segi pelancongan juga, setiap tahun 400 juta penduduk China ke luar negara membeli belah barangan berjenama di kota raya ternama dan kini kesan ekonomi itu dirasai produk termasuk beg, kasut dan aksesori mewah.
Negara China juga menjadi tumpuan pelancong yang menziarahi Tanah Besar itu menjadikan China, destinasi pelancongan nombor keempat selepas Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat.
Rangkaiaan pengeluar telefon Apple juga mengumumkan mereka akan menutup semua 42 kedai perniagaannya sehingga 9 Februari 2020 selepas dinasihati pakar kesihatan supaya semua pekerja korporat, stor perniagaannya dan pusat hubungan di Tanah Besar China ditutup sebagai berhati-hati.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan Apple dalam talian masih diteruskan.
Majoriti produk Apple dihasilkan di China yang juga menjadi pasaran utamanya. Pada 2019, Apple menghasilkan 3.2 juta iPhone di negara itu berbanding 2.7 juta pada 2018.
Sehingga Rabu, 29 Januari 2020, syarikat itu telah mencapai sasaran jualan dan pendapatan tertinggi dengan peningkatan 9 peratus kepada AS$91.8 billion, sebahagian besar dijanakan oleh kekuatan model baru iPhone yang berjumlah $55.9 billion, kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.
Apple telah melancarkan segmen pemasaran "Greater China @ China Raya" yang turut membabitkan kawasan di luar tanah besar iaitu Taiwan dan Hong Kong.
Kredit gambar www.News.cn
Starbuck juga sudah menutup sebahagian besar daripada 4,300 rangkaian restorannya di seluruh China, demikian kata Ketua Eksekutif Starbuck Kevin Johnson memberitahu BBC News.
Starbuck yang beroperasi di negara itu sejak 1999 adalah cawangan yang terbesar di luar Amerika dan menyumbangkan 10 peratus pada pendapatan keseluruhan syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif McDonald, Chris Kempezinksi juga mengumumkan 300 restoran McD di Hubei sudah ditutup berikutan penularan wabak itu, manakala beribu-ribu lagi di wilayah lain masih dibuka.
Wabak yang bermula pada Tahun Baharu Cina itu juga menyaksikan dunia hiburan kehilangan AS$1 bilion apabila sekurang-kurangnya tujuh filem box office yang dijangka ditayangkan sempena cuti itu terpaksa ditangguhkan.
Tahun lalu, kutipan daripada tayangan filem pada musim cuti Tahun Baharu Cina menyumbang 8 peratus kepada pendapatan jualan tiket tahun itu yang bernilai AS$721 juta.
Agensi Berita Xinhua melaporkan wabak Koronavirus telah menyebabkan ribuan pawagam di seluruh negara terpaksa ditutup, pemilik pawagam memulang semula wang tiket yang sudah dibeli, dan memaksa peminat berkurung di rumah.
Dan kini dengan 60 juta penduduk diletakkan dalam keadaan separa terkurung atau 'terkunci' sepenuhnya dan sekiranya berlarutan, ini menjejaskan pendapatan pengeluar filem yang dahulunya mampu mengaut AS$9 bilion, tempat kedua selepas Amerika.
Selain itu, pengusaha studio juga dilihat perlu mencari cara lain mendapatkan sumber kewangan untuk memastikan mereka tidak mengalami malapetaka
Selalunya pada minggu pertama tayangan, jualan tiket wayang dikatakan mampu mencapai jumlah AS$1 billion.
Demikian kata Max Lei Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbitan Televisyen, Amor Films.
Musim cuti Tahun Baharu Cina adalah paling kemuncak untuk sepanjang tahun kutipan box office. Beberapa blokbuster ditarik keluar daripada jadual tayangan seminggu sebelum perayaan itu.
Beliau memberitahu CNN Business, tahun ini kutipan dijangka merundum kepada 25 peratus.
Disneyland Shanghai...kredit foto website Disneyland Shanghai. WWW.Shanghaidisneyresort.com
Sementara itu, kasino termasuk di Macau kehilangan 70 peratus pelanggan.
Industri hiburan terutama tayangan filem, taman tema, kelab judi, makanan segera dan percutian dalam dan luar negara adalah kegiatan tahunan warga China yang sepanjang tahun bekerja keras mengumpul kekayaan.
Rakan Kongsi Spring Owl Asset Management dan bekas ahli lembaga pengarah Las Vegas, Jason Ader memberitahu CNBC Squawk Box, kerajaan China perlu menghalalkan kegiatan judi dalam talian sebagaimana Filipina, yang satu-satu negara Asia yang memberikan lesen, menyebabkan sambutan judi dalam talian meningkat kepada 90 peratus.
Berikutan dengan wabak itu, yang masih belum ada penamatnya, usaha melesenkan perjudian dalam talian adalah perlu kerana di negara itu, judi cara itu masih diharamkan. - KitaReporters.com