KESEDARAN umum mengenai kepentingan bersenam semakin meningkat hari demi hari. Kini biarpun dilanda wabak penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19), tidak salah jika mahu meneruskan rutin senaman bagi mengekalkan stamina badan. Namun perlu berhati-hati supaya tidak melakukan di kawasan terbuka. : KitaReporters

10 PANDUAN yang boleh diamalkan bagi mengatasi penularan wabak COVID-19 yang dikongsikan Kevin Zahri, baru-baru ini. - Kredit foto: cabaranjomkurus.com


Kini, perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan selebriti, Kevin Zahri berkongsi 10 panduan keselamatan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan penularan wabak yang bermula dari Wuhan, China itu. 

Panduan berkenaan dikongsikan menerusi laman web cabaranjomkurus.com itu menyenaraikan 10 panduan yang boleh dilakukan bagi individu yang berminat untuk melakukan senaman. 

10 panduan keselamatan ketika bersenam :

  1. Jika kurang sihat atau ada sebarang simptom jangkitan COVID-19, sila hindari daripada menyertai mana-mana program, sesi atau tempat semanan yang melibatkan orang lain. Self-quarantine jika perlu dan dapatkan rawatan dan pemerikasaan doktor secepat mungkin.
  2. Anda sihat dan sertai group training? Pastikan anda jarakkan diri dengan rakan senaman yang lain.
  3. Semasa bersenam, elak apa-apa sentuhan dengan rakan senaman anda, termasuklah pasangan sepanjang melakukan aktiviti bersenam.
  4. Elak sentuhan muka sepanjang sesi senaman dan pakai facial mask jika sesuai.
  5. Jangan kongsi tuala dengan orang lain.
  6. Elak salam tangan atau high-five setelah sesi senaman selesai. Selain itu, elak selfie dengan kedudukan anda dengan rakan terlalu rapat.
  7. Online! Untuk program-program berkumpulan seperti Jom Kurus, sesuaikan keadaan dan alih aktiviti kepada online coaching, live video streaming, live chat, whatsApp video dan lain-lain.
  8. Elak menyertai program dalam kawasan terbuka yang disertai bilangan yang ramai seperti larian, fiesta senaman, senam aerobik besar-besaran di mana sukar untuk anda mengawal keadaan.
  9. Jangan kongsi air minuman atau makanan dengan orang lain.
  10. Cuci tangan dan gunakan sanitizer terutamanya selepas selesai sesi senaman. 

KEVIN ZAHRI


Semoga panduan berkenaan dapat memberi manfaat kepada kita semua dan selamat mencuba! - KitaReporter.

 

6
0
0
0
0

Copy Link: