'BANTAL ZIKIR' SUFIAN: MIMPI INDAH ATAU NGERI?

Published by
KitaReporters
SEMAKIN ramai golongan selebriti menceburi bidang peniagaan sebagai tambahan sumber pendapatan atau sebagai persiapan beralih bidang setelah populariti menurun. Populariti adalah asas dalam memudahkan peniagaan yang dijalankan. : KitaReporters.com

Sufian Suhaimi bersama bantal zikir yang dijualnya. - Foto Twitter Sufian Suhaimi


Bagi selebriti wanita kebanyakan berkecimpung dalam peniagaan berkaitan dengan kosmetik dan pakaian termasuk pakaian muslimah dan tudung.

Menceburi peniagaan terutama peniagaan online, memerlukan kreativiti.

Sementara bagi selebriti lelaki bidang peniagaan yang boleh diceburi agak terbatas.

Justeru, penyanyi dan komposer yang sedang meningkat Sufian Suhaimi melakukan sesuatu yang dianggap berlainan berbanding selebriti lain.

Sufian menjual bantal. Ia bukan calang-calang bantal. Ia merupakan bantal zikir dikenali sebagai Zikir Pillow by BabyPian.

Antara Zikir Pillow keluaran BabyPian yang siap untuk dipasarkan.

Ia merupakan bantal yang mengandungi unsur dakwah. Ia memuatkan sejumlah ayat al-Quran dan doa.

Dijual pada harga RM139 sebiji sejak 31 Januari 2020. 

Bantal itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.

Selain dijual secara langsung, melalui sejumlah ejen, bantal ini juga boleh dibeli secara dalam talian dengan menghubungi nombor WhatsApp 0142930020. 

Boleh juga terus ke media sosial Sufian (https://twitter.com/sufiansuhaimi_) atau BabyPian (https://twitter.com/xoxoariena). 

Ayat-ayat al-Quran yang dapat diikuti dengan membeli Zikir Pillow


Sufian berhasrat untuk menjual Zikir Pillow sambil berdakwah.

Dalam sosial medianya, Sufian menyatakan bantal itu dijual juga bertujuan bedakwah melalui sejumlah ayat al-Quran dan doa yang dimuatnaikkan ke dalam bantal tersebut.

Namun, langkah Sufian menjual bantal zikir itu menerima kritikan sejumlah peminat yang beranggapan dia cuba menggunakan agama sebagai melariskan jualan.

Bagaimanapun, Sufian menganggap teguran itu adalah perkara biasa dan dia akan terus menjalankan peniagaan bantal zikirnya sebab yakin ia akan memberi faedah kepada masyarakat. - KitaReporters.com


3
1
0
0
0

Copy Link: