SISWA universiti selalunya bergelut dalam bidang akademik, menyiapkan tugasan dan menjalankan aktiviti dalam kampus untuk mendapatkan segulung ijazah. Namun siswa Universiti Utara Malaysia (UUM) mengorak langkah untuk meneroka, mencipta dan mengeksploitasikan peluang usaha niaga dalam masa pengajian mereka. : KitaReporters


Sehubungan dengan itu Pengarah program, yang mewakili exco keusahawanan JKPS Inapan Siswa (Inasis) TNB/MAS, Muhammad Saniy Samsudin mengadakan jalinan koloborasi dengan Pusat Giat Mara Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk menganjurkan kursus mengunting rambut atau lebih dikenali dengan Smart Skills and Barber.

Program yang dibangunkan mengikut konsep gabungan kepakaran universiti, industri, usahawan dan agensi sokongan keusahawanan negara merupakan platform untuk mahasiswa bertukar idea mengenai persekitaran perniagaan khususnya yang melibatkan keusahawanan dan inovasi.

Muhammad Saniy berkata, penganjuran kursus mengunting rambut ini bermatlamat untuk melahirkan siswazah yang mampu menilai peluang dan mengurus perubahan dalam usaha niaga baru atas usaha niaga sendiri dengan pembelajaran di universiti.


Katanya, siswa ditawarkan untuk menyertai kursus barber selama dua hari mulai 20 dan 21 Mac 2020 dengan harapan mereka dapat menimba ilmu cara mengunting rambut, sekali gus berusaha untuk menceburi bidang barber sama ada sebagai sambilan atau sepenuh masa nanti.

"Tenaga pengajar dari Pusat Giat Mara Nibong Tebal, Pulau Pinang telah dijemput dengan kelulusan pihak Pengetua Inasis TNB/MAS, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UUM untuk mengajar dan membuka peluang kepada siswa yang berminat untuk membuka barber shop nanti," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Siswa telah mendapat ilmu berbentuk silang disiplin melibatkan aspek keusahawanan dan inovasi melalui bimbingan modul kepimpinan dalam organisasi, inovasi serta penyampaian dalam menyelesaikan masalah kompleks dunia perniagaan.

Oleh itu, kursus dua hari dengan latihan teori dan amali pastinya akan memberi kefahaman dan pengetahuan, selain daripada kemahiran cara mengunting rambut dan mempamerkan keupayaan untuk bekerja secara efektif.

Muhammad Saniy juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Giat Mara Nibong Tebal, Pulau Pinang dan mengenal pasti peralatan yang akan dibawa untuk mengajar peserta mengunting rambut nanti.

Mereka yang ingin menyertai kursus barber ini boleh menghubungi pihak Inasis TNB/MAS UUM melalui talian 0195112254 atau 0182936567 untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai program yang akan diadakan di Dewan Bunga Raya Inasis MAS UUM. - KitaReporters
4
0
0
0
0

Copy Link: