MASIHKAH INGAT KEPADA AHMAD, MUHAMMAD?
Published byMASIHKAH kita ingat kepada pasangan kembar Siam, Ahmad dan Muhamad bin Rosli yang mendapat tajaan rawatan dari pimpinan kerajaan Arab Saudi kira-kira 20 tahun yang lalu? : KitaReporter
Muhamad (kiri) dan Ahmad kini sudah mencecah umur 22 tahun.
Pasangan kembar itu yang kini mencecah umur 22 tahun teguh menjalani kehidupan normal sama seperti remaja yang lain, walaupun menyedari dilahirkan istimewa tanpa anggota badan yang cukup.
Memasuki alam pekerjaan adalah sesuatu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak mampu dilupakan bagi sesetengah individu terutamanya selepas tamat persekolahan.
Ahmad dan Muhamad ditemu bual di rumahnya di Kampung Tengah, Puchong, Selangor pada Sabtu, 29 Februari 2020.Bagi Ahmad Rosli, yang dikenali sebagai Along, peluang pekerjaan yang ditawarkan sebagai Pereka Grapic Muda adalah sesuatu rahmat yang besar terutamanya kepada golongan kelainan upaya (OKU) sepertinya.
Dia yang sedang melanjutkan penggajian dalam bidang yang
sama di Management University Science (MSU) berkata tawaran kerja yang
diberikan seiring dengan minatnya yang mendalam berkaitan rekaan grafik.
Hasrat dan impiannya untuk menjadi pereka grafik yang
tersohor tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya meskipun terpaksa
membahagikan waktu bekerja dan belajar.
Walaupun diberi kelonggaran bekerja di rumah dan mengikut
kelapangan sendiri, Ahmad tetap komited dengan tanggungjawab dan kepercayaan
yang telah diamanahkan.
Purata pendapatan yang diperolehi sebanyak RM1000 sebulan cukup
untuk menampung diriya di kampus sambil membeli peralatan tugasan yang diarahkan
oleh pensyarahnya tanpa meminta bantuan dari sesiapa selain zakat.
Kesudian pihak SitiCetak Printing menawarkan kerja separuh masa kepadanya, memberikan lebih ilmu dan pengalaman berkaitan rekaan untuk tidak merasa takut dan kurang berkeyakinan berhadapan alam pekerjaan.
Muhamad (kanan) dan Ahmad sama-sama melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah.
Bagi Muhamad Rosli pula, peluang yang diberikan kepada abangnya itu tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk berjaya biarpun Ahmad terlebih dahulu ditawarkan kerja.
Sungguhpun mempunyai minat yang sama, soal peluang dan
rezeki tidak harus dipertikaikan kerana apa yang akan dan bakal berlaku adalah
dari ketentuan serta perancangan ilahi.
Dia yang sedang melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah
Sarjana Muda Sains Komputer menegaskan mahu menumpukan fokusnya pada pelajaran
yang berbaki setahun.
Sementara itu, ditanya mengenai ruang dan peluang, kedua-dua pasangan kembar itu memaklumkan untuk terus menjadikan bakat sebagai batu loncatan untuk lebih ke hadapan. - KitaReporter
Muhamad (kanan) dan Ahmad (kiri) bersama ibu, bapa dan ahli keluarga yang lain.