DISKAUN 50% SAMAN TRAFIK.. BAYAR ONLINE JE
Published bySETIAP individu yang memandu pasti akan mengelak untuk mendapat ‘surat cinta’ daripada abang polis walaupun akibat kecuaian sendiri berikutan tidak mengikuti peraturan jalan raya. Terbaharu, sempena kedatangan Tahun Baharu Cina, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka tawaran diskaun luar biasa iaitu sebanyak 50 peratus terhadap pengguna jalan raya yang masih mempunyai saman tertunggak. : KitaReporters.com
Namun
pembayaran saman kali ini, orang ramai tidak perlu beratur panjang dan
merugikan masa berjam-jam kerana pembayaran boleh dibuat menerusi pembayaran
platform dalam talian sahaja.
Kreatif juga
PDRM tahun ni ye!.
Bagi mereka
yang mempunyai saman tertunggak jomlha kita melangsaikan kerana diskaun yang
agak banyak iaitu 50 peratus.
Malah
pembayaran berkenaan akan bermula 18 hingga 22 Januari ini.
Timbalan
Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dalam sidang media baru-baru ini
berkata, tahun ini pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi memberi
peluang orang ramai melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim
perayaan ini.
“Tapi kali ini kita cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50 peratus. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya,” katanya.
Pembayaran
cara dalam talian itu memudahkan orang ramai selain boleh membuat pembayaran
secara dalam talian dengan MyEg dan Rilex.com.
Bagaimanapun
tawaran berkenaan hanya khusus kepada kesalahan tertentu.
“Tawaran
diskaun ini hanya untuk kesalahan tertentu dan tidak termasuk kesalahan bagi
memandu laju, memandu di laluan kecemasan, langgar lampu isyarat, memotong
garisan berkembar serta guna alat komunikasi ketika memandu,” katanya lagi.
Jadi apa lagi.... jomlah kita membayar saman! Jangan sampai ada blacklist baru teringat nak langsaikan.
Jom saksikan sidang media mengenai diskaun berkenaan. - KitaReporters.com