KERANA PINJAM DUIT, IKA DIAIB SAUDARA SENDIRI
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com
Renungan...
Bukan sengaja minta tolong. Sebab terpaksa. Untuk kelangsungan hidup. Bukan suka-suka
Sayang, jadi isu. Dituduh meminta-minta. Tak mahu usaha. Tak faham masalah kita.
Apa nak buat, sudah nasib badan. Ingat minta tolong saudara senang, rupanya bawa masalah, kata Ika tentang perkongsian hari ini.
Silap dia kata Ika, tak pandai baca hati orang, walau saudara. Tapi Ika redha dan jadikan apa yang berlaku satu pengajaran.
Kisahnya bila Ika meminta tolong seorang sepupunya untuk pinjam duit. Ada benda perlu diselesaikan segera. Saat itu dia kurang cash, lalu minta tolong pada sepupu yang dipanggil kak Long.
Tak banyakpun... Janji dapat gaji bayar. Itupun dalam 2 minggu sahaja. Malangnya tak sampai seminggu sudah heboh cerita.
Aibnya Ika.
Tak sangka kak Long sanggup buat macam itu. Pada hal masa dia susah kita pun tolong.
Tak mahu panjang cerita, Ika bayar balik hutangnya dengan menggadai seutas gelang. Terpaksa demi harga diri.
Sejak itu kata Ika dia serik untuk meminta tolong walau saudara...
Susah tanggung sendiri. Sedih Allah yang tahu. Tapi ia pengajaran berharga.
Terima kasih Ika kongsi cerita ini
Iktibar dari kisah ini.
Jangan anggap semua orang akan tolong kita, walau saudara. Beringatlah untuk masa susah. Sediakan payung sebelum hujan.
Rambut mungkin dah tak sama hitam, begitu juga hati, sudah lain-lain.
Jangan harap balasan daripada orang yang pernah kita tolong. Manusia mudah lupa.
Jangan putus asa. Jangan malu. Niat kita meminjam, bukan tak bayar. Allah kan ada. Dia tahu nawaitu kita.
Doa jangan putus. Mohon Allah dekatkan kita dengan orang yang baik-baik. Dan yang dapat pun baik-baik.
❤️🌹 Mengharap pada yang ikhlas, meminta pada yang ada, berkongsi pada yang faham. Bukan pada mereka yang plastik. ❤️🌹 - KitaReporters.com