NAK JADI ORANG HEBAT? DISIPLIN DIRI KENA KUAT

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan.

Orang hebat disiplinnya kuat.

Ramai tak suka sebab dikawal

Jangan bagi alasan.

Semua orang mahu nampak hebat.

Tapi ia bukan satu perkara mudah.

Jalan yang bakal ditempuhi penuh dengan onak dan duri.

Untuk menjadi seorang yang hebat dan cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi memerlukan pengorbanan dari segi tindakan.

Antaranya ialah disiplin.


Ramai orang tidak suka dengan perkataan ini sebab mereka akan rasa terkongkong, dikawal dan sebagainya. 

Itu tak boleh, ini tak boleh, dan begitulah kita memandangnya dengan perasaan benci.

Namun, perasaan begini yang sepatutnya diterima supaya kita dapat mengeluarkan potensi dirinya yang sebenar.

Kehebatan seseorang itu terikat dengan perasaan bahawa dia akan berjaya jika hidup dengan disiplin.

Disiplin yang sempurna akan mewujudkan kesempurnaan kehidupan seseorang manusia.

Disiplin menjadikan seseorang itu hebat, cemerlang dan disegani. Setiap orang perlu memiliki disiplin untuk menjadi insan yang terbaik.

Caranya mudah sahaja.

Disiplinkan waktu urusan hidup kita, waktu berkerja, berehat, tidur dan sebagainya agar kita tidak sesekali membazirkan masa.

Tidak ada kata lain selain kita harus terus melatih diri dengan disiplin jika mahu berjaya.

Dalam hubungan ini, kita akan tahu apa yang baik bagi hidup kita dan apa yang harus ditinggalkan dalam usaha meraih masa depan yang cerah.


Bagaimana cara meningkatkan disiplin diri?

Melatih disiplin dalam diri harus datang dari hati sendiri. Jangan tunggu digerakkan atau mendapat arahan.

Disiplin adalah melakukan aktiviti atau tindakan yang kita tidak menyukainya tetapi perlu dilakukan.

Kita akan dilatih untuk mengubah sikap positif menjadi kebiasaan.

Jauhkan diri dari semua hal yang menjadi godaan supaya kita tidak melanggar disiplin.

Memulakan disiplin diri harus dari hal yang sederhana.

Seperti disiplin dalam membuang sampah atau datang tepat waktu ke tempat bekerja.

Disiplin pasti akan meningkat secara automatik apabila kita sering mengamalnya.

Lakukan dalam banyak perkara dalam kehidupan kita agar masa depan lebih bermakna.

Mula-mula susah.

Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah.


Ingatlah..

Kita harus punya fokus dalam hidup yang dilalui. Baik yang jangka pendek maupun jangka panjang.

Salah satu cara dalam meningkatkan disiplin diri adalah dengan fokus kepada jangka panjang. 

Karena sasaran jangka panjang adalah sasaran yang tidak akan boleh diraih dalam waktu yang singkat. Di sini disiplin memainkan peranan.

Ketika cuba meningkatkan disiplin kita cenderung untuk memberi alasan untuk tidak mematuhinya.

Jangan guna alasan untuk berhenti melatih diri mematuhi disiplin kerana ia akan melemahkan usaha kita.

Saat menjalankan apa pun tugas pasti kita akan mengalami masa naik dan turun. Termasuk ketika kita sedang berusaha meningkatkan disiplin diri dengan melalui pelbagai cabaran.

Saat ini bertahanlah agar jangan mudah tunduk oleh godaan dan seribu alasan.

Secara logik hidup lebih bahagia jika punya disiplin diri yang tinggi dan dapat melaksanakan banyak kerja berbanding mereka yang tak berdisiplin.

Perkara baik apa salahnya kita ikut!


❤️🌹 Susah dahulu senang kemudian... Menangis dahulu ketawa kemudian. Didik diri kawal emosi, bahagiakan hati. ❤️🌹

7
1
0
1
0

Copy Link: