PERPISAHAN ITU SAKIT, KEHILANGAN PUN SAKIT..

Published by
KitaReporters
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa.


Renungan.

Sayang tidak selamanya

Lepaskan dengan redha

Ikhlaskan perpisahan Itu

Memang sakit bila kehilangan.

Kesakitan dan kesedihan yang hanya mereka yang pernah lalui sahaja akan faham.

Kehilangan kekal atau berganti ada rahsia tersendiri.

Melepaskan orang yang kita sayang pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang tetapi sudah begitu kehendak Allah SWT. 

Menyayangi tidak semestinya memiliki, walau sementara, walau selamanya.

Kalau betul kita sayangkan seseorang, baik lepaskan mereka pergi untuk cari kebahagiaan mereka sendiri walaupun sakitnya kita yang tanggung.

Kenapa mesti dilepaskan jika memang kita sayang sepenuh hati, sepenuh jiwa.

Semuanya berbalik kepada ketentuan Dia.

Mungkin setakat itu Allah pinjamkan kepada kita.

Mungkin juga akan berganti dengan yang lebih baik


Tapi, tidak semua orang kuat untuk terima perpisahan tersebut dan mampu ikhlaskan hati menerima takdir mereka terutama kehilangan yang tidak kembali.

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis dan bersedih?

Kenapa masih memikirkan perkara itu sehingga mendera diri? .

Semua kerana satu sebab.

Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

Oleh itu redha dengan apa yang berlaku.

Redha bukan bermakna tidak boleh menangis

Menangislah sepuas hati!

Pada masa yang sama, terima apa yang telah ditentukan oleh Allah.

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.


Ingatlah..

Memang susah untuk melepaskan seseorang yang kita sayang pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. 

Bertahun-tahun. Berjuta kenangan terakam.

Seseorang yang pernah berjanji tidak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Tidak pernah berenggang.

Memang susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila memikirkan kita akan bersendirian dalam semua perkara yang selama ini dilakukan bersama.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam sekelip mata.

Mahu tidak mahu kita harus terima hakikat, yang pergi tetap pergi. Sampai bila kita hendak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Usah dicari lagi kasih yang hilang. Jalan terus, bangkit.

Jangan terus hidup dengan kenangan.

Ubah cara hidup kita. Dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya yang terpendam di hati sebab Allah mendengar.

Menangislah di setiap sujud kita.

Ceritakan segala isi hati yang tak mampu kita luahkan pada orang lain.

Allah tidak pernah tinggalkan kita. Kita yang selalu terleka dan lupakan Dia.

Lumrah kehidupan, siapa pun yang kita cintai, sampai masa akan berpisah juga akhirnya, kecuali cinta kepada Allah SWT kekal abadi.


❤️🌹 Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk dilalui, terutama berpisah mati kerana banyak air mata yang jatuh dalam usaha menguatkan kembali hati yang sudah ditinggalkan. ❤️🌹



3
0
0
0
0

Copy Link: