COVID-19: "DON'T PLAY PLAY" DI KOREA UTARA
Published byKorea Utara adalah salah sebuah negara yang begitu mengambil berat dan mengenakan hukuman tegas dalam mencegah virus COVID-19 masuk dan merebak kepada warganya. Negara ini mempunyai lebih 25 juta penduduk. : KItaReporters.com
Antara langkah yang dilakukan ialah mana-mana rakyatnya yang pernah berada di China apabila pulang ke Korea Utara perlu dikuarantin bagi tempoh sebulan, lebih panjang daripada ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu cuma dua minggu.
Ia sesuai dengan perintah (decree) yang dikeluar oleh Presiden Kim Jong Un yang berbunyi: "negara akan mengenakan dengan hukuman ketenteraan siapapun yang meninggalkan masa kuarantin tanpa izin."
Mangsa pertama dikenakan hukuman tembak sampai mati ini ialah seorang pegawai dari Kementerian Perdagangan.
Memetik berita dari Daily Mirror dan Dong-a Ilbo, pegawai itu telah melanggar peraturan kerajaan dan muncul di khalayak ramai, pada masa dia sepatutnya itu dikuarantinkan.
Pegawai itu sepatutnya terus datang ke sebuah pusat kuarantin kesihatan sekembali dari China, sebaliknya dia pergi ke tempat mandi awam lalu ditangkap dan menjalani hukuman.
Menurut media, sebelumnya, seorang pegawai di Badan Keselamatan Nasional telah diturunkan pangkat apabila tidak menyatakan kepergiannya ke China.
Korea Utara yang bersempadan dengan China menutup ketat sempadannya dan melarang apa-apa aktiviti lintas sempadan.
"Pihak berkuasa Korea Utara mengatakan kepada FAO bahawa tidak ada kes virus COVID-19, tetapi kami sangsi akan dakwaan itu," kata Jurucakap Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Bir Mandal.
Beberapa sumber seperti North Korea Daily menyebut, virus COVID-19 boleh menghancurkan negara komunis itu jika wabak itu menyerang.