KONGSI MINDA BERSIH JIWA: KETAWA, TANGIS KITARAN HIDUP

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi Jumaat yang barokah, penghulu segala hari. 

Kongsi minda bersih jiwa.

Gambar dari https://pixabay.com/id/


Renungan.

Ketawa bukan sepanjang masa

Menangis tetap ada

Kita dan masa sangat bermakna

Putaran cerita tiada nokhtah

Soal hati bukan rekaan

Tetapi satu pengakuan

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab kita boleh lalai dan lemah. 

Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat menghancurkan hidup kita jika tidak bijak mengurusnya.

Apa lagi hak orang.

Tertariklah kepada mereka yang dapat membuat kita tersenyum dan ketawa, kerana hanya itu yang dapat membuat hari-hari yang suram menjadi cerah dan mendamaikan hati dan jiwa.

Tidak semua, manusia bergembira sepanjang masa tetapi ia bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara. Banyak perkara berfaedah yang boleh dibuat untuk menikmati kegembiraan berterusan.

Berbuat amal salah satu daripadanya.

Sempurnakan akal, kurang bercakap. Jangan riak. Jaga laku dan adab. Merendah diri. Tak rugi duduk sama rendah dengan orang walau berdirinya tidak sama.

Ajari hati berbaik sangka dengan semua orang. Jangan cari salah orang kerana setiap hari kita adalah hamba Allah yang berbeza.

Bermula dari kandungan ibu kita dilahirkan ke dunia.

Dari kanak-kanak bertukar remaja. Dan seterusnya menjadi dewasa. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna… satu memori indah aturan Allah.

Sayangilah seseorang itu kerana Allah, dan jangan sia-siakan kasih sayang itu. Sebab ia datang dari hati bukan direka-reka.

Pertahankan. Itu anugerah Allah yang mahal harganya. Kita tak nampak tapi boleh rasa.

Ingatlah..

Orang yang terakhir ketawa tentu dia juga lebih banyak menangis.

Begitu juga orang yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Orang yang setia bagai pewangi yang wangi. Mereka menjadi pendorong dan kekuatan kita mengejar impian. Mereka orang yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya. Fikirkan!

Biarlah mempunyai ramai sahabat kerana kita meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati kita.

❤️🌹 Hanya mereka yang menetapkan pandangan jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar. ❤️🌹

0
0
0
0
0

Copy Link: