MAHU WAJAH 'GLOWING' BAGAI EMAS? CUBA INI...
Published byADAKAH anda mahu wajah kelihatan berseri dan memancar bagaikan cahaya ‘emas’ yang sentiasa ‘glowing’ (bergemerlapan)? : KitaReporters.com
Jika itulah kehendak hati, barangkali rangkaian produk terbaharu jenama SAFI yang baru dilancarkan - SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE dan SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER adalah jawapan penyelesaian kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya.
Rangkaian set penjagaan kulit itu menggabungkan manfaat tiga revolusi utama - teknologi Saffron Gold (safron emas); teknologi Beetox dan Lipo Vit-C.
Untuk maklumat, safron adalah herba termahal di dunia dan terkenal dengan pelbagai khasiat sejak berabad-abad lamanya.
Digelar sebagai raja segala rempah, safron mempunyai nilai komersial tinggi dan didagangkan pada harga yang juga tinggi di pasaran komoditi, sama seperti nilai emas.
Safron turut dinobatkan sebagai ‘superfood’, kaya dengan cracin - sejenis bahan kimia yang memberikan rona merah kepada stigma safron dan tinggi kandungan antioksida, melindungi kulit dari pencemaran serta mencerahkan waima meningkatkan mutu kondisi kulit.
Sehubungan itu, buat pertama kalinya di Malaysia, SAFI mengambil langkah mengorak revolusi baharu penjagaan kulit antipenuaan dengan membawakan kehebatan safron menerusi rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE.
Dengan teknologi Safron Gold itu, ia mampu mengukuhkan struktur kulit dari peringkat dalaman, lantas mempertahankan proses penuaan seperti mengurangkan kedutan dan garis halus.
Kandungan Asid Hialuronik yang tinggi memberikan lembapan segera serta mengunci kelembapan sehingga 24 jam, seterusnya mampu mengembalikan keanjalan kulit, menjadikannya lembut, tona cerah berseri sekata dan bermaya.
Di samping kehebatan teknologi Saffron Gold, teknologi Beetox pula memperlihatkan kombinasi ekstrak bisa lebah dan emas nano 24k yang terbukti dapat melambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garisan halus.
Ia juga membaiki struktur sel dan mengekalkan hidrasi pada kulit agar menjadi lebih anjal, bermaya dan cerah berseri. Dan lebih menariknya, ia tidak melekit pada kulit.
Selain itu kandungan Lipo Vit-C yang merupakan sejenis antioksida berkuasa tinggi dalam mencerahkan kulit serta mempertahankan sel-sel kulit daripada serangan radikal bebas, berbahaya dan mengelakkan kerosakan sel yang berpunca dari pencemaran serta pendedahan kepada sinar ultra lembayung (UV) turut diterapkan dalam pembuatan produk.
”Kelahiran dua srikandi utama rangkaian Safi Youth Radiance adalah bukti kukuh kepada komitmen yang berterusan dari SAFI sebagai perintis industri kecantikan yang memahami pelbagai keperluan khusus kulit muka wanita Malaysia masa kini,” ujar Pengurus Besar SAFI, Kazlina Mohd Kassim (lima dari kanan) pada majlis pelancaran rangkaian produk tersebut di ruang minuman teh ternama, TWG di Pavilion pada 8 Januari 2020 lalu.
Simbolik pelancaran menyaksikan set penjagaan itu dipersembahkan dalam gaya Safron Safi menampilkan seleksi gaya signatur daripada pereka ternama tempatan yang diperagakan oleh generasi peragawati Malaysia terkini.
Setiap helaian adalah personafikasi identiti wanita masa kini yang yakin dengan potensi diri, keunikan tersendiri, anggun dan mempesona.
Menurut Kazlina seterusnya, setiap produk SAFI diuji secara dermatologi dan bebas alkohol, bebas paraben, bebas minyak mineral dan yang lebih penting ia tidak diuji ke atas haiwan.
“Keagungan khasiat safron dengan formulasi terkini tidak dapat dinafikan lagi mampu memberikan kesan yang diidamkan setiap wanita yang mahu tampil lebih muda dan cerah berseri,” tambah Kazlina.
Sementara itu, kata Kazlina, penggunaan serum seperti SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER harus didahulukan dalam rutin produk penjagaan kulit muka.
Diformulasikan dalam bentuk gel krim, pelembap berkenaan akan bertukar menjadi titisan-titisan jernih bak kristal saat dioleskan kepada wajah seterusnya meresap jauh ke dalam kulit untuk memberikan penghidratan segera, mengekalkan kelembapan sehingga 72 jam, sekali gus menganjalkan kulit.
Seperti esen SAFI, produk serum ini turut menggunakan kekuatan teknologi Safron Gold bagi memberikan hasil kelembapan intrinsik terbaik pada kulit wajah.
Untuk maklumat lanjut serta promosi terkini dari SAFI boleh layari sesawang rasmi di www.safi.com.my, laman facebook (www.facebook.com/SAFI.MY atau laman Instagram melalui www.instagram.com/SAFIMalaysia.
Akan bertambah bersinar-sinarlah wajah pesona anda bak emas gemerlapan gitu. - KitaReporters.com