KONGSI MINDA BERSIH JIWA: BERUBAH KERANA ALLAH

Published by
KitaReporters
Assalaamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa. Salam 1 Muharam.

https://all-free-download.com/free-vector/download/flower-painting-colorful-classic-handdrawn-sketch_6843364.html


Renungan.

Ikhlas kerana Allah... Hidup barokah.

Sebagai manusia yang menjalani kehidupan tentunya kita tidak lepas daripada menghadapi masalah.

Roda kehidupan yang terus berputar, terkadang menyebabkan kita sering merasa masalah yang kita hadapi berat dan membuat kita berpikir yang masalah tersebut tidak akan berlalu.

Namun percayalah, semua yang berlaku adalah sementara dan akan berlalu termasuk masalah kita.

Jangan beban hidup dengan masalah. Ada baiknya kita berfikir positif dan menjauhkan diri dari perkara negatif yang timbul dari masalah tersebut.

Elok kita mengambil hikmah dan pelajaran daripada masalah yang sedang kita alami. Bahkan dengan bertenang dalam menghadapi masalah yang muncul dan mencari penyelesaiannya sangat disukai oleh Allah SWT

Baik muhasabah diri dan cermin diri. Berhenti menyalahkan orang kerana ia hanya membuang masa sebab masalah bermula dari sikap kita.

Hendak berubah biar sepenuh hati dan ikhlas kerana Allah.

❤️🌹Bertanggungjawab penuh pada hidup anda dan hadapi setiap masalah yang ada dengan percayakan diri dan bersedia untuk berubah❤️🌹

1
0
0
0
0

Copy Link: